Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Malaysia.
Tel: 03-8000 8000
Pengurusan Pekerja Asing
Pusat Sehenti (One Stop Centre) Pengurusan Pekerja Asing KDN (OSC KDN)berperanan sebagai pusat setempat bagi majikan yang menggajikan pekerja asing.
Perkhidmatan yang disediakan di OSC KDN adalah seperti berikut
Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan kuota penggajian pekerja asing serta urusan-urusan yang berkaitan
Menguruskan dan memproses tuntutan pembayaran balik levi tahun pertama;
Melaksanakan inspektorat bagi permohonan penggajian pekerja asing bagi memastikan pematuhan majikan terhadap peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan; dan
Memberikan khidmat nasihat berkaitan penggajian pekerja asing.