1. Apakah itu IPSOM?
Jawapan:
IPSOM atau Institute of Public Security of Malaysia merupakan sebuah institusi strategik di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditubuhkan pada 30 Julai 2013. IPSOM berperanan menjalankan penyelidikan, analisis dasar serta menyelaras program kerjasama strategik yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.
2. Apakah fungsi utama IPSOM?
Jawapan:
Fungsi utama IPSOM merangkumi:
- Penyelidikan dan penerbitan berkaitan keselamatan awam
- Analisis dasar dan strategi keselamatan
- Penyelarasan kerjasama strategik antara agensi
- Pelaksanaan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan dalaman
3. Siapakah yang boleh bekerjasama dengan IPSOM dalam kajian atau program strategik?
Jawapan:
IPSOM terbuka untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, industri, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi penyelidikan dalam dan luar negara.
4. Bagaimana cara untuk mendapatkan jurnal atau penerbitan IPSOM?
Jawapan:
Jurnal seperti Journal of Public Security and Safety serta penerbitan lain boleh didapati melalui laman web rasmi IPSOM atau dengan menghubungi terus Unit Penyelidikan dan Penerbitan IPSOM.
5. Adakah IPSOM menyediakan khidmat konsultasi atau latihan berkaitan keselamatan awam?
Jawapan:
IPSOM tidak menyediakan perkhidmatan konsultasi komersial, tetapi terlibat dalam penganjuran seminar, forum, dan dialog keselamatan yang menyumbang kepada perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam bidang keselamatan awam.
6. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan geran penyelidikan daripada IPSOM?
Jawapan:
Permohonan geran penyelidikan daripada Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) boleh dibuat secara rasmi mengikut garis panduan dan terma rujukan (Terms of Reference) yang telah ditetapkan oleh pihak institut.
Pemohon perlu mengemukakan cadangan penyelidikan lengkap yang merangkumi objektif kajian, latar belakang isu keselamatan yang ingin dikaji, metodologi, justifikasi, anggaran bajet, serta hasil jangkaan penyelidikan.
Cadangan yang diterima akan dinilai berdasarkan keperluan semasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), kepentingan isu kepada keselamatan awam, serta keupayaan pemohon untuk melaksanakan penyelidikan dengan berkesan.
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen permohonan, pemohon disarankan untuk menghubungi Unit Penyelidikan IPSOM atau melayari laman web rasmi IPSOM.
000