Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pelaksanaan MyPERFORMANCE
- Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance)
2. Siapakah yang terlibat bagi pemakaian MyPerformance?
- Pemakaian MyPerformance adalah kepada semua Pegawai di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP), iaitu perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pendidikan menurut Fasal (1), Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan kecuali pegawai MySTEP dan pegawai kontrak yang tidak mengisi perjawatan.
- Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, pemakaiannya adalah tertakluk kepada penerimaan masing-masing.
- Penilaian prestasi MyPerformance melalui Ceraian UP.4.1.1 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
3. Apakah perbezaan antara MyPerformance dan MyKPI?
- MyPerformance merupakan instrumen penilaian prestasi bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. MyKPI pula merujuk kepada instrumen penilaian prestasi bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
4. Adakah elemen prestasi penghasilan kerja masih lagi menggunakan borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi agensi yang mengguna pakai LNPT?
- Tidak. Elemen prestasi penghasilan kerja hendaklah mengguna pakai format Sasaran Kerja Utama (SKU) di bawah instrumen MyPerformance.
5. Bolehkah Kementerian / Jabatan / Agensi di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan memohon pengecualian penggunaan instrumen MyPerformance?
- Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian UP.4.1.1 ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.
Psikologi
1.Apakah perbezaan di antara kaunseling dan bimbingan?
Kaunseling adalah proses perhubungan menolong secara bersemuka di antara Pegawai Psikologi dan klien yang normal manakala bimbingan merupakan proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran.
2.Apakah jenis-jenis masalah yang boleh dibincangkan?
Jenis-jenis masalah yang boleh dibincangkan meliputi masalah prestasi & kerjaya, kesihatan, keluarga, pembangunan & kemahiran, kerohanian, kewangan, sikap, ketagihan, psikososial & lain-lain.
3.Adakah perkara-perkara yang dibincangkan semasa sesi kaunseling dirahsiakan kepada orang lain?
Sebarang isu/ maklumat yang dibincangkan dalam sesi kaunseling adalah rahsia dan tidak akan didedahkan secara terperinci kepada mana-mana pihak tanpa persetujuan daripada anda kecuali :
- Bagi kes rujukan, satu laporan ringkas akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan yang merujuk.
- Keadaan yang didapati boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada diri anda atau kepada orang lain.
- Keadaan yang terbukti telah berlaku pelanggaran undang-undang, peraturan negara dan organisasi yang sedia ada seperti jenayah dan sebagainya.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
1. Bagaimanakah saya hendak memohon program tajaan / kemudahan cuti belajar dari JPA?
Iklan permohonan program tajaan / kemudahan cuti belajar JPA akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/
2. Bolehkah saya menerima tawaran pengajian jika bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh Universiti berkenaan adalah sama dengan bidang pengkhususan yang dimohon tetapi berada di bawah fakulti/bidang berbeza?
Penentuan tempoh tajaan oleh JPA adalah berasaskan kepada struktur pengajian bagi program / negara serta mode pengajian yang akan diikuti oleh penerima tajaan HLP.
4. Bolehkah saya menukar mod pengajian pada bila-bila masa jika saya berhasrat sedemikian?
Anda tidak dibenarkan untuk menukar mod pengajian sama ada sebelum atau semasa pengajian. Mod pengajian adalah berdasarkan permohonan yang telah anda kemukakan semasa permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).
5. Bolehkah saya menukar bidang atau pengkhususan bidang sebelum atau semasa pengajian?
Anda tidak dibenarkan untuk menukar bidang atau pengkhususan bidang. Penentuan bidang adalah berdasarkan permohonan anda.
6. Di manakah saya perlu melapor diri setelah tamat pengajian?
Bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama, anda perlu melapor diri di BMI, JPA setelah tamat pengajian. Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama, anda dibenarkan melapor diri di Jabatan dan seterusnya memastikan Ketua Jabatan mengemukakan salinan surat pengesahan lapor diri kepada BMI, JPA dengan segera.