Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
Tempat Tahanan Perlindungan Taiping mula beroperasi secara rasmi pada 1 November 1973 akan ditamatkan fungsinya sebagai tempat menahan tahanan ISA setelah 6 tahanan ISA yang terakhir  dibebaskan pada 5 Januari 2014.
Berasaskan Rekod Pendaftaran Kemasukan Tahanan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, jumlah tahanan yang pernah ditahan di tempat tahanan berkenaan adalah seramai 2,770 orang yang terlibat dengan berbagai kesalahan yang boleh mengancam keselamatan Negara iaitu seperti berikut:
  |
Kategori Kesalahan Tahanan |
Jumlah |
1 |
Komunis |
1,702 |
2 |
Subversif |
38 |
3 |
Dokumen Palsu |
433 |
4 |
Pelampau Agama |
115 |
5 |
Isu agama dan perkauman |
40 |
6 |
Risikan |
16 |
7 |
Pengganas |
193 |
8 |
Penyeludupan manusia |
159 |
9 |
Aktivis reformasi |
7 |
10 |
Pembekal komponen nuklear |
1 |
11 |
Mencetak duit syiling palsu (MINSU) |
66 |
  |
Jumlah |
2,770 |
Keluasan keseluruhan tempat tahanan berkenaan ialah 93.3 hektar dan sebahagian daripadanya diwartakan sebagai penjara untuk kegunaan menempatkan banduan yang dipindahkan dari penjara lain bagi menjalankan aktiviti latihan kemahiran terutamanya berkaitan kemahiran. Pecahan keluasan adalah seperti berikut:
Program pemulihan termasuklah keagamaan yang dilaksanakan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping pernah diteliti untuk dicontohi oleh beberapa negara luar.
Enam (6) tahanan terakhir yang dibebaskan pada 5 Januari 2013 adalah seperti berikut;
  |
Nama/Warganegara |
Kesalahan |
Tempoh tahanan (Tahun) |
1 | Muhammad Adnan bin UmarMalaysia | Darul Islam |
2 |
2 | Muadz bin HakimFilipina | Darul Islam |
2 |
3 | Adzmi bin PindatunMalaysia | Darul Islam |
2 |
4 | Mohd Nazri bin DollahMalaysia | Darul Islam |
2 |
5 | Darto bin BanduIndonesia | Darul Islam |
2 |
6 | Bakar bin BabaMalaysia | Darul Islam |
2 |
Perancangan Jabatan Penjara akan menggunakan tempat tahanan berkenaan (memperluaskan lagi) sebagai penjara agro iaitu selaras dengan konsep sara diri (self sufficient) yang sedang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara iaitu mengeluarkan produk untuk kegunaan banduan terutamanya makanan (sayuran, ikan dan pengeluaran roti). Banduan yang ditempatkan di sini terdiri dari banduan yang dipilih dari beberapa penjara yangmana mereka dikategorikan sebagai banduan tidak berisiko dan hukuman tidak panjang tempohnya.
Pada tahun 2013 Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (kawasan yang diwartakan sebagai Penjara Kamunting) memberi latihan kemahiran dalam bentuk penghasilan Produk Hasil Pertanian dan Penternakan yang membawa pulangan RM 520,000.00. Produk pertanian adalah seperti berikut:
Film Censorship Board
Parole Board
Prevention of Terrorism Board
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location