telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PENAMATAN OPERASI TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN TAIPING SEBAGAI TEMPAT MENAHAN TAHANAN ISA

Tempat Tahanan Perlindungan Taiping mula beroperasi secara rasmi pada 1 November 1973 akan ditamatkan fungsinya sebagai tempat menahan tahanan ISA setelah 6 tahanan ISA yang terakhir  dibebaskan pada 5 Januari 2014.

Berasaskan Rekod Pendaftaran Kemasukan Tahanan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, jumlah tahanan yang pernah ditahan di tempat tahanan berkenaan adalah seramai 2,770 orang yang terlibat dengan berbagai kesalahan yang boleh mengancam keselamatan Negara iaitu seperti berikut:

 

Kategori Kesalahan Tahanan

Jumlah

1

Komunis

1,702

2

Subversif

38

3

Dokumen Palsu

433

4

Pelampau Agama

115

5

Isu agama dan perkauman

40

6

Risikan

16

7

Pengganas

193

8

Penyeludupan manusia

159

9

Aktivis reformasi

7

10

Pembekal komponen nuklear

1

11

Mencetak duit syiling palsu (MINSU)

66

 

Jumlah

2,770

Keluasan keseluruhan tempat tahanan berkenaan ialah 93.3 hektar dan sebahagian daripadanya diwartakan sebagai penjara untuk kegunaan menempatkan banduan yang dipindahkan dari penjara lain bagi menjalankan aktiviti latihan kemahiran terutamanya berkaitan kemahiran. Pecahan keluasan adalah seperti berikut:

  • ┬á┬á┬á┬á┬á┬á14 hektar┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á -┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á kawasan tahanan
  • ┬á┬á┬á┬á┬á┬á16 hektar┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á -┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á kawasan banduan
  • ┬á┬á┬á┬á┬á┬á40 hektar┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á -┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á padang golf (9 lubang)
  • ┬á┬á┬á┬á┬á┬á23.3 hektar┬á┬á┬á┬á┬á -┬á┬á┬á┬á┬á┬á┬á perumahan, pertanian dan padang ragut

Program pemulihan termasuklah keagamaan yang dilaksanakan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping pernah diteliti untuk dicontohi oleh beberapa negara luar.

Enam (6) tahanan terakhir yang dibebaskan pada 5 Januari 2013 adalah seperti berikut;

 

Nama/Warganegara

Kesalahan

Tempoh tahanan (Tahun)

1 Muhammad Adnan bin UmarMalaysia Darul Islam

2

2 Muadz bin HakimFilipina Darul Islam

2

3 Adzmi bin PindatunMalaysia Darul Islam

2

4 Mohd Nazri bin DollahMalaysia Darul Islam

2

5 Darto bin BanduIndonesia Darul Islam

2

6 Bakar bin BabaMalaysia Darul Islam

2

Perancangan Jabatan Penjara akan menggunakan tempat tahanan berkenaan (memperluaskan lagi) sebagai penjara agro iaitu selaras dengan konsep sara diri (self sufficient) yang sedang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara iaitu mengeluarkan produk untuk kegunaan banduan terutamanya makanan (sayuran, ikan dan pengeluaran roti). Banduan yang ditempatkan di sini terdiri dari banduan yang dipilih dari beberapa penjara yangmana mereka dikategorikan sebagai banduan tidak berisiko dan hukuman tidak panjang tempohnya.

Pada tahun 2013 Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (kawasan yang diwartakan sebagai Penjara Kamunting) memberi latihan kemahiran dalam bentuk penghasilan Produk Hasil Pertanian dan Penternakan yang membawa pulangan RM 520,000.00. Produk pertanian adalah seperti berikut:

  • Penanaman sayur-sayuran yang dibekalkan kepada Penjara-penjara seperti Penjara Taiping bagi ration harian seperti sayuran kangkung dan sawi┬á┬á(200 kg/bulan);
  • Selain itu juga membekalkan sayuran (pelbagai sayuran berdaun dan berbuah) dan cendawan & kucai kepada peniaga-peniaga dan┬ápenduduk di sekitar┬áDaerah Larut Matang dan dibekalkan kepada Penjara Taiping (150kg/bulan);
  • Menjadi pusat ternakan ikan air tawar bagi membekalkan ikan air tawar seperti ikan keli dan tilapia kepada lapan (8) buah penjara seperti Penjara┬áTaiping, Penjara Batu Gajah, Penjara Tapah,┬á Penjara Alor Star, Penjara Pokok Sena, Penjara Sungai Petani, Penjara Pulau Pinang, Penjara Seberang Prai dan Tempat Tahanan Perlindungan Taiping dengan setiap bulan pembekalan mencecah 4 tan/bulan;
  • Mengusahakan penanaman yang juga merupakan projek G to G (dengan kerjasama Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara) dan juga menjadi pusat pengumpulan dan pemerosesan hasil kenaf.
  • Menternak lembu, kambing dan ternakan lain seperti ayam kampong.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121346

moha qrcode