telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

  • Home
  • Maklumat Perkhidmatan

Maklumat Perkhidmatan

Mengenai Jabatan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

Matlamat Jabatan

Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.


Fungsi Utama Jabatan

Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan; mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.

Aktiviti Pendaftaran


Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, Jabatan menjalankan tugas-tugasnya dari aspek pendaftaran, pengawasan dan pengawalan. Dalam hal ini penumpuan diberi kepada beberapa aktiviti berikut:

  Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan untuk kebenaran bagi menubuhkan cawangan pertubuhan.
  Memproses permohonan daripada pertubuhan berdaftar mengenai pertukaran nama dan alamat, pindaan undang-undang, pendaftaran undang- undang baru dan kebenaran menggunakan bendera, lambang dan lencana serta tanda-tanda lain.
  Mendaftar pegawai-pegawai awam bagi pertubuhan untuk urusan pendakwaan di mahkamah.
  Mengesahkan pelantikan pemegang-pemegang jawatan pertubuhan bagi menyempurnakan segala suratcara berkaitan dengan harta takalih pertubuhan.


Aktiviti Pengawasan Pengawalan


Sementara itu, aktiviti pengawasan dan pengawalan Jabatan bertanggungjawab di dalam:

  Mengawal kegiatan-kegiatan pertubuhan dan cawangan pertubuhan supaya selaras dengan tujuan-tujuan berdaftarnya dan tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.
  Menyemak penyata kewangan tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi memastikan kepentingan dan hak ahli-ahli adalah terjamin.
  Menyemak minit mesyuarat, penyata tahunan dan maklumat-maklumat lain yang diperolehi daripada pertubuhan dan cawangan pertubuhan atau daripada agensi-agensi lain bagi memastikan pertubuhan menjalankan kegiatan-kegiatannya berlandaskan undang-undang berdaftarnya dan tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau peraturan-peraturan di bawahnya.
  Menentukan jawatan-jawatan di dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan tidak dipegang oleh orang-orang yang boleh memudaratkan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.
  Menentukan supaya semua pertubuhan berdaftar termasuk cawangan pertubuhan bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri dalam Malaysia.
  Memastikan semua pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan dan cawangan pertubuhan adalah sah dan tidak hilang kelayakan mereka di bawah Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 untuk memegang atau menjawat jawatan dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan.
  Memastikan hanya mereka yang tidak dikenakan sekatan sekatan di bawah Seksyen 49, Akta Pertubuhan 1966 memegang jawatan di dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan.
  Mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan dan cawangan pertubuhan yang melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 2A, 5, 13 dan 16 Akta Pertubuhan 1966.
  Mengambil tindakan mendakwa pertubuhan dan ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang melanggar peruntukan-peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

 

KOD TADBIR URUS BAIK PERTUBUHAN (CODE OF GOOD GOVERNANCE COGG)

PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 March 2024.
Visitor Count : 1071821

moha qrcode