telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Apakah perbezaan antara ESSCOM dengan ESS Zone?

Eastern Sabah Security Command ialah sebuah agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang terletak di bandar Lahad Datu, Sabah dan mempunyai keanggotaan terdiri daripada pegawai, anggota dan staf Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan. Dalam pada itu, Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone) ialah pewartaan kawasan keselamatan khas yang dikuatkuasakan melalui Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 (Sabah) yang meliputi 10 buah daerah dalam pantai Timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

2. Di manakah lokasi pangkalan, pusat operasi atau pejabat ESSCOM?

Lokasi pejabat ESSCOM terletak di bandar Lahad Datu, Sabah. ESSCOM tidak mempunyai cawangan-cawangan lain sama ada di Semenanjung Malaysia atau daerah-daerah lain di Sabah.

3. Apakah tanggungjawab utama ESSCOM?

Tanggungjawab utama ESSCOM ialah mengekang gelombang kedua pencerobohan anasir asing dan penyusupan militan serta membantu pasukan keselamatan dan Jabatan/ agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri Sabah serta Pihak Berkuasa Tempatan menangani elemen-elemen jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara bersepadu dan tersusun di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

4. Apakah peranan ESSCOM?

Peranan ESSCOM ialah mengukuh, meningkatkan keselamatan, keamanan dan kestabilan khususnya di kawasan sempadan maritim serta daratan ESS Zone melalui pendekatan sebagai Kumpulan Pemikir (Think Tank), Koordinator, Penasihat dan Operational Control.

5. Jika saya mempunyai sebarang maklumat mengenai sebarang insiden dan aktiviti rentas sempadan yang mencurigakan di ESS Zone, saluran manakah yang boleh saya hubungi?

Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian  011-63311072. Selain itu, masyarakat boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai ESSCOM dengan melayari Laman Facebook Rasmi ESSCOM di pautan https://www.facebook.com/esscomsabah

 

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan ESSCOM adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman portal dan saluran aset-aset digital agensi ini. 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 28 January 2025.
Visitor Count : 1127817

moha qrcode