telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

  • Laman Utama
  • Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007
  • Kesalahan-Kesalahan Yang Kerap Disabitkan

Kesalahan-Kesalahan Yang Kerap Disabitkan

SEKSYEN

KESALAHAN

PENALTI

12

Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda

13

Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi dengan satu atau lebih cara berikut :

(a)  Ancaman;

(b)  Penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;

(c)  Pemelarian;

(d)  Fraud;

(e)  Perdayaan;

(f)   Penyalahgunaan kuasa;

(g)  Penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada perbuatan pemerdagangan orang; atau

(h)  Pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda

14

Memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda

15

Kesalahan mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima    belas (15) tahun dan         boleh dikenakan denda lima ratus ribu ringgit tetapi      tidak melebihi satu juta   ringgit dan boleh juga dilucuthakkan   keuntungan daripada kesalahan itu

15A

Kesalahan membawa dalam tansit orang yang diperdagangkan melalui Malaysia (darat, laut dan udara) atau mengatur atau memudahkan perbuatan itu dilakukan

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih tujuh (7) tahun dan boleh dikenakan denda

26A

Kesalahan menjalankan  penyeludupan migran

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

26B

Kesalahan penyeludupan migran yang lebih berat melibatkan :

(a)    Berniat untuk mengeksploitasi migran yang diseludup itu selepas kemasukannya ke dalam negara penerima atau negara transit sama ada oleh orang itu sendiri atau oleh orang lain;

(b)   Memperlakukan migran yang diseludup itu dengan layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; atau

(c)    Kelakuan orang itu menimbulkan risiko kematian atau kemudaratan yang serius terhadap migran yang diseludup itu.

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak lebih dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

26C

Kesalahan membawa dalam transit seorang migran yang diseludup menerusi Malaysia melalui darat, laut, atau udara atau selainnya mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu.

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang  tujuh (7) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

26D

Kesalahan mendapatkan keuntungan daripada kesalahan penyeludupan migran

Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang  tujuh (7) tahun dan tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya dan boleh dilucuthakkan keuntungan  daripada kesalahan itu.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1088634

moha qrcode