Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007
Perbezaan Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran
Perbezaan Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran
PEMERDAGANGAN ORANG
PENYELUDUPAN MIGRAN
Instrumen/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.
Instrument/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol Against The Smuggling Of Migrants By Land, Air And Sea di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.
Elemen utama bagi membuktikan sebarang kesalahan berhubung dengan pemerdagangan orang adalah unsur eksploitasi dan ia boleh berlaku di dalam sesebuah Negara tanpa melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya boleh juga berlaku              di peringkat domestik
Elemen penting di dalam penyeludupan migran adalah ianya mesti melibatkan unsur rentas sempadan
Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi berterusan dan berulang.
Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.