telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

  • Laman Utama
  • Berita
  • 83 Pegawai dan Kakitangan RELA Malaysia Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017

83 Pegawai dan Kakitangan RELA Malaysia Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017

PUTRAJAYA, 23 MAC 2018 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Alwi Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Gemilang KDN Putrajaya hari ini. Turut hadir sama adalah YBhg. Tuan Zulkifli Abidin, Ketua Pengarah RELA Malaysia.

 

Seramai 83 orang (57 lelaki, 26 wanita) penjawat awam RELA Malaysia telah menerima anugerah tersebut. Semua penerima APC ini telah melalui proses akhir penilaian oleh panel pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Ketua Bahagian masing-masing. Penghargaan ini adalah merupakan insentif yang diberikan oleh RELA Malaysia kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2017 serta sumbangan tenaga, masa dan komitmen ke atas kerja-kerja yang diamanahkan.

 

YBhg. Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim menyatakan rasa bangga beliau terhadap kakitangan dan pegawai-pegawai RELA yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berharap penganugerahan ini akan dapat menjadi pembakar semangat dan aspirasi kepada warga RELA yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada tahun ini dan tahun yang mendatang.

 

“Budaya kerja cemerlang atau excellent work culture adalah satu keadaan yang telah dijadikan budaya dalam perkhidmatan awam sejak sekian lama. Bukan sahaja pembudayaan ini berlaku di Malaysia, malah budaya ini juga telah lama dipraktikkan di seluruh dunia,” kata beliau.

 


Tambah beliau, usaha yang berterusan harus dilakukan tidak kira di peringkat mana sekalipun sehingga dapat melahirkan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Usaha yang perlu dibuat bukan hanya di peringkat Jabatan sahaja, malahan usaha ini harus bermula di peringkat individu seseorang penjawat awam itu.


“Ini adalah kerana, sesuatu budaya itu tidak akan terhasil dengan sekelip mata sahaja. Sebaliknya, ia menjadi sesuatu budaya apabila ia dilakukan secara berulang kali dan diamalkan oleh semua individu sehingga melahirkan satu trend di dalam sesebuah organisasi. Oleh hal yang demikian, proses awal untuk melahirkan sesuatu budaya kerja yang bagus adalah dengan membentuk sikap pekerja terhadap kerja (work attitude)”.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil pengurusan tertinggi KDN, pegawai-pegawai kanan serta warga RELA Malaysia.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121153

moha qrcode