telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PEMANSUHAN SOSMA MASIH DALAM KAJIAN

KUALA LUMPUR - Pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) masih lagi di peringkat kajian kerana pemansuhannya akan membawa kesan kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan tanggungjawab menangani jenayah dan ancaman keselamatan lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kerajaan masih mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak seperti pihak berkuasa, badan kehakiman dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang perlu dinilai daripada pelbagai sudut.

 

“Pemansuhan ini melibatkan banyak pihak dan pandangan oleh semua perlu dilihat kerana melalui akta ini, pihak berkuasa dilindungi dan mereka dapat melaksanakan tugas mereka dalam menangani jenayah.

“Ia agak merugikan jika tiada protection (perlindungan)…Ada pelbagai kes jenayah berat seperti kegiatan pengganas yang memerlukan penggunaan akta ini.

"Akta Sosma ini baik dan juga signifikan. Akan tetapi, apa yang dibimbangkan, akta ini juga boleh disalahgunakan bagi tujuan politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Asean (DGICM) ke-22 di Hotel Royale Chulan, di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali.

Pada 22 Julai, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang banyak menindas rakyat khususnya Sosma.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai idea penubuhan Blok Imigresen di rantau ini, Azis berkata Malaysia menyambut baik idea tersebut kerana ia dapat mewujudkan kerjasama yang memudahkan negara-negara Asean untuk mengesan serta bertukar-tukar maklumat dan risikan mengenai aktiviti jenayah rentas sempadan.

Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata DGICM ke-22 membincangkan pelbagai isu seperti langkah-langkah menangani penyeludupan orang dan migran serta perkongsian teknologi oleh setiap negara.

“Contohnya, Sistem Maid Online (SMO) yang diamalkan Malaysia disambut baik negara-negara Asean dan idea sebegini ingin dicontohi mereka kerana ia mudah dan menyenangkan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan ini,” katanya. – Bernama

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1087670

moha qrcode