telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

Lembaga Penapis Filem (LPF) ditubuhkan pada tahun 1954 di Singapura. Dua jawatan kuasa diwujudkan iaitu di Singapura (untuk Negeri Selat) dan satu lagi di Kuala Lumpur (untuk Tanah Melayu). Pada tahun 1966 ibu pejabat LPF Malaysia dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Fungsi LPF ialah melaksanakan dasar penapisan dan menapis filem untuk seluruh Malaysia. Akta pertama yang diguna pakai ialah Akta Filem Sinematograf 1952 (Pindaan 1966) diikuti Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) yang mana berkuat kuasa sehingga hari ini.

LPF diterajui oleh seorang Pengerusi dengan dibantu oleh seorang Naib Pengerusi dan dianggotai oleh sekumpulan Ahli Lembaga. Dalam melaksanakan tugasnya, Lembaga dibantu oleh sekumpulan pegawai Urus Setia yang diketuai seorang Setiausaha Bahagian.

Tugasan tapisan filem dilaksanakan dengan menggunakan kaedah panel tiga orang Ahli Lembaga. Keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga. Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria yang ditetapkan oleh tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

Fungsi dan Kaedah Tapisan Filem Terdahulu

Sebenarnya fungsi tapisan filem telah dilaksanakan seawal tahun 1908 sebelum penubuhan LPF. Pada masa itu tugas tersebut dilaksanakan oleh pihak Polis di bawah Ordinan Teater 1908 yang mana Polis diberi kuasa untuk menentukan kesesuaian adegan dalam sesuatu filem. Polis juga berkuasa membuat serbuan dan merampas filem yang melanggar peraturan.

Undang-undang pertama khusus mengenai kawalan dan penapisan filem ialah Ordinan Filem Sinematograf 1924 yang digubal untuk Negeri Selat, kemudian disusuli oleh Enakmen Filem Sinematograf (Kawalan) 1927 untuk Negeri Melayu Bersekutu dan Johor. Selepasnya, suatu undang-undang untuk seluruh Tanah Melayu iaitu Ordinan Filem Sinematograf 1952 dikuat kuasakan.

Pada masa tersebut, penapisan filem dibuat oleh seorang pegawai sahaja yang mana pegawai berkenaan bertanggung jawab kepada Ketua Polis.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1100054

moha qrcode