telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

UCAPAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (KESELAMATAN) BAGI MAJLIS PERASMIAN OUTREACH TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (KESELAMATAN) DI PENJARA SUNGAI UDANG, MELAKA

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 KDN

TERIMA KASIH SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

YBHG. KOMISIONER JENERAL PENJARA DATO' SRI ZULKIFLI BIN HJ. OMAR

KETUA PENGARAH PENJARA MALAYSIA

YBHG. DATO' HAJI HASSAN BIN SAKIMON, TIMBALAN KETUA PENGARAH PENJARA MALAYSIA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

PEGAWAI KANAN PENJARA SUNGAI UDANG

WAKIL-WAKIL MEDIA MASSA

PESERTA-PESERTA OUTREACH

YBHG. DATUK-DATUK, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN

1. Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada hari ini kita semua dapat berkumpul dalam majlis perasmian Outreach TKSUKK di Penjara Sungai Udang, Melaka.

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberikan penghormatan kepada saya untuk merasmikan majlis perasmian program ini.

3. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Urus Setia Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bahagian Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan tidak lupa juga tuan rumah program ini, Penjara Sungai Udang, Parol Melaka serta semua pihak yang telah terlibat dalam memberikan bantuan serta kerjasama sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang diparol serta majikan yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi menyampaikan banyak informasi kepada hadirin sekalian.

YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

4. Kerajaan memandang serius terhadap usaha-usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini. Keutamaan sentiasa diberikan untuk memastikan keadaan kawalan keselamatan berada dalam tahap yang tinggi yang boleh mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat malaysia.

5. Sejak tahun 2009, kerajaan telah mengerakkan tujuh bidang keberhasilan utama negara (nkra), yang mana salah satu daripadanya adalah mengurangkan jenayah. selari dengan ini, kementerian dalam negeri telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi peneraju utama dalam merealisasikan hasrat kerajaan ini. Melalui GTP 2.0, sebanyak 35 inisiatif NKRA mengurangkan jenayah telah disenaraikan, dimana Jabatan Penjara Malaysia telah bertanggungjawab untuk melaksanakan tiga inisiatif iaitu penambahbaikan program pemulihan melalui pengkategorian penjara dan pengasingan banduan, keduanya adalah pembangunan program selepas dibebaskan dari penjara melalui penubuhan rumah perantaraan (halfway house). Kini sebanyak empat belas buah rumah perantaraan telah diwujudkan di setiap buah negeri dengan 1206 orang bekas banduan telah menerima manfaatnya.

6. Secara keseluruhannya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah telah menunjukkan impak yang berkesan berdasarkan kejayaannya dalam mengurangkan jenayah. Mengikut statistik bagi tahun 2014, pengurangan jenayah indeks bagi tempoh januari Oktober 2014 adalah 12.3% berjaya dicatatkan berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 5%.

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

7. Sebenarnya dalam hal ini, negara kita telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, masih ada pihak-pihak tertentu yang masih tidak menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membanteras jenayah dan memastikan rakyat di negara ini merasa selamat. Dalam hal ini, kerajaan sedar bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan berada pada landasan yang betul dan kerajaan akan meneruskan usaha murni ini malah akan dipertingkatkan lagi.

8. Justeru itu, pada hemah saya, cabaran utama pada masa kini adalah untuk menangani persepsi rakyat mengenai rasa selamat dalam kalangan rakyat di negara ini. kita bukan sahaja perlu meneruskan momentum ini tetapi yang lebih penting ialah memastikan masyarakat terus merasa selamat dan sejahtera.

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

9. Sesungguhnya kewujudan Sistem Parol di Kementerian Dalam Negeri dapat membantu banduan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat serta dapat memberi keyakinan kepada banduan untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas tamat tempoh pemulihan. Ia seterusnya dapat mengelakkan individu tersebut daripada terlibat semula dengan aktiviti yang salah.

10. Bermula tahun 2008 sehingga Oktober 2014, seramai 8,436 orang di parol (ODP) telah tamat parol dari jumlah keseluruhan ODP seramai 9,095. Sebanyak 1.7% perintah parol telah dibatalkan di sebabkan pelanggaran syarat perintah parol. Manakala statistik residivis (kes berulang) dalam tempoh yang sama hanya sebanyak 0.49%.

YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

11. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai Parol kerana atas usaha tuan-tuan dan puan-puan yang menjalin hubungan dengan majikan di setiap negeri bagi memastikan orang di parol mendapat pekerjaan dan seterusnya boleh meneruskan kehidupan bersama keluarga selepas tamat tempoh pemulihan amat dihargai. Ia memberi sinar baru kepada banduan untuk meneruskan kehidupan normal di luar penjara.

12. Pelbagai usaha pemantauan yang menyeluruh dilakukan oleh Pegawai Parol sepanjang tempoh parol tidak mungkin dapat dicapai kejayaannya tanpa sokongan keluarga orang di parol. Peranan Pegawai Parol yang membantu meyakinkan keluarga tentang banduan yang telah berubah hasil program pemulihan di penjara banyak membantu penerimaan semula keluarga.

13. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai penjara. Hasil daripada titik peluh mereka, telah berjaya menjadikan banduan mengenali diri dan menginsafi diri atas keterlanjuran yang telah dilakukan. Ini membuktikan Program Pembangunan Insan dan Program Kemahiran yang telah dilaksanakan oleh penjara telah berjaya. Tahniah kepada warga Penjara !!!

14. Pada hari ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada majikan dan NGO yang berkesempatan hadir pada hari ini. Terima kasih kerana membantu bekas banduan untuk kembali kepada masyarakat. Saya menyeru agar lebih banyak majikan member peluang pekerjaan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial kerana kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama untuk memastikan masyarakat

YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan dihormati sekalian.

15. Besarlah harapan saya agar program Outreach ini diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kefahaman meluas kepada masyarakat setempat.

13. Justeru itu, saya yakin dengan kerjasama strategik pihak swasta dan kerajaan akan dapat membantu impian Jabatan Penjara untuk memastikan 2/3 para banduan menjalani hukuman dan pemulihan di luar tembok penjara menjelang 2020 tercapai serta kadar residivis akan dapat dikurangkan ke tahap terbaik berjaya dilakukan

YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

14. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua orang diparol dan bekas penghuni penjara agar menanamkan azam dan meningkatkan jati diri. Ringankan tangan untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat. Dengan cara ini dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa anda telah berubah.

15. Saya sangat berkeyakinan bahawa dengan kerjasama semua pihak, kita mampu membanteras jenayah. Sesungguhnya membanteras jenayah adalah tanggungjawab kita bersama. Semoga segala usaha murni ini akan berterusan dan beroleh kerahmatan daripada Allah s.w.t.

16. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan program outreach ini.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121363

moha qrcode