telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN NEGARA 2016 JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

TEKS UCAPAN 
YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI I
MAJLIS SAMBUTANHARI PENDAFTARAN NEGARA 2016
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
 
 
YANG BERBAHAGIA DATO’ SRI ALWI BIN HAJI IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI,
 
YANG DIHORMATI TAN SRI DATO’ SRI NOOR RASHID BIN IBRAHIM
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
 
YANG BERBAHAGIA DATO’ WAN ALI BIN BESAR
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)
 
YANG BERBAHAGIA DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR DAN KAWALAN)
 
YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD YAZID BIN RAMLI
KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
 
YANG DIHORMATI KETUA-KETUA JABATAN DAN AGENSI; 
 
PEGAWAI-PEGAWAI DAN WARGA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA;
PARA HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1MALAYSIA.
 
 
 
PENDAHULUAN
 
1. ALHAMDULILLAH, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIA-NYA, MAKA PADA HARI INI KITA SEMUA DAPAT BERKUMPUL BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN NEGARA KALI KE-EMPAT, JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) BAGI TAHUN 2016. SAYA GEMBIRA MELIHAT KEHADIRAN SEBEGITU RAMAIWARGA KDN, TERMASUK DARIPADA AGENSI DAN JABATAN-JABATAN YANG LAIN. KERJASAMA ERAT ANTARA AGENSI DI BAWAH PAYUNG KDN MERUPAKAN SESUATU YANG AMAT KITA TITIK BERATKAN. 
 
2. SEPERTI YANG KITA SEMUA MAKLUM, 1 OKTOBER TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI HARI PENDAFTARAN NEGARA PADA TAHUN 2013 OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI,  TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI DALAM NEGERI BAGIMENGHARGAI USAHA-USAHA KERAJAAN DALAM URUSAN PENDAFTARAN.SAMBUTAN INI JUGA ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF PERANAN DAN FUNGSI JPN SERTA MENGHARGAI KERJASAMA DAN PEMATUHAN RAKYAT KEPADA UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN YANG BERKUATKUASA. OLEH ITU, PADA HARI INI, PELBAGAI AKTIVITI MENARIK TELAH DIRANGKA BAGI SEMUA WARGA JPN SERTA PELANGGAN YANG DATANG BERURUSAN.
 
HADIRIN YANG SAYA HORMATI,
 
3. SETIAP PERISTIWA PENTING SEPERTI MAKLUMAT KELAHIRAN, PENGANGKATAN, KAD PENGENALAN, PERKAHWINAN SIVIL, PERCERAIAN DAN KEMATIAN WAJIB DIDAFTARKAN DI JPN. SETIAP INDIVIDU BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENDAFTAR BAGI MEMBOLEHKAN HAK-HAK MEREKA SEBAGAI PENDUDUK MALAYSIA DIPENUHI. PENDAFTARAN INI MEMBOLEHKAN KERAJAAN MEMPUNYAI REKOD KEPENDUDUKAN YANG KOMPREHENSIF, TEPAT DAN TERKINI. REKOD INI DAPAT MEMBANTU KERAJAAN MENGGUBAL DASAR, MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN YANG EFEKTIF SERTA MENENTUKAN KUMPULAN SASAR YANG TEPAT BAGI SETIAP PROGRAM. PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM SEPERTI KEMUDAHAN KESIHATAN, PENDIDIKAN, KEMUDAHAN ASAS, SOSIAL DAN INFRASTRUKTUR TERMASUK PENYAMPAIAN SUBSIDI ATAU BANTUAN KEBAJIKAN TIDAK DAPAT MENCAPAI GOLONGAN SASAR TANPA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI MELALUI SISTEM PENDAFTARAN NEGARA YANG MANTAP DAN CEKAP. 
 
HADIRIN YANG SAYA HORMATI,
 
4. DALAM USAHA UNTUK MEMUDAHKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN, JPN TELAH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAUNTER DI  230 CAWANGAN DI SELURUH NEGARA TERMASUK DI 16 UTC DAN 10 RTC. PERKHIDMATAN PENDAFTARAN PERISTIWA PENTING SESEORANG INDIVIDU BOLEH DIPEROLEHI SEPANJANG TAHUN, SETIAP WAKTU MELALUI PERKHIDMATAN ATAS TALIAN, PERKHIDMATAN KAUNTER SEDIA ADA SERTA PROGRAM OUTREACH DAN MOBILE EHSAN.
 
5. JPN JUGA TERUS MEMANTAPKAN PROGRAM OUTREACH ATAU PROGRAM TURUN PADANG KEPADA GOLONGAN PENDUDUK YANG MEMPUNYAI KEKANGAN UNTUK HADIR BERURUSAN KE PEJABAT JPN. PADA TAHUN 2015, SEBANYAK 1,554 PROGRAM OUTREACH TELAH DIADAKAN DI SELURUH NEGARA DAN SEBANYAK 32,151 PERMOHONAN TELAH DISELESAIKAN. MANAKALA SEHINGGA OGOS 2016, SEBANYAK 1,063 PROGRAM OUTREACH TELAH DIADAKAN DI SELURUH NEGARA DAN HAMPIR 30 RIBU PERMOHONAN TELAH DISELESAIKAN. GOLONGAN SASAR YANG MENDAPAT MANFAAT PROGRAM OUTREACH INI ADALAH TERDIRI DARIPADAWARGA EMAS, GOLONGAN KURANG UPAYA, ANAK-ANAK YATIM, DAN MEREKA YANG TINGGAL DI KAWASAN PEDALAMAN YANG TIDAK MEMPUNYAI AKSES KE PEJABAT JPN. PROGRAM OUTREACH JPN INI JUGA TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA YANG MANA PROJEK INI MERUPAKAN FINALIS COMMONWEALTH ASSOCIATION FOR PUBLIC ADMINISTRATION AND MANAGEMENT(CAPAM) INTERNATIONAL INNOVATION AWARDS 2016. TAHNIAHSAYA UCAPKAN KEPADA JPN KERANA MENYAHUT SERUAN KERAJAAN UNTUK TURUN PADANG BAGI MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN YANG MENYELURUH DAN MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA RAKYAT. 
 
 
 
HADIRIN SEKALIAN,
 
6. PELAKSANAAN INTEGRASI SISTEM INTEGRASI PERMIT MENGUBUR-PENDAFTARAN KEMATIAN PDRM DAN JPN PADA HARI INI, MERUPAKAN INISIATIF BERSAMA SUSULAN DARI KERJASAMA PDRM,KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN JPN BERKAITAN PENGGABUNGAN BORANG PERMIT MENGUBUR/ DAFTAR KEMATIAN YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2011 LALU. PROJEK INTEGRASI INI TELAH MULA DILAKSANAKAN SECARA PILOT DI EMPAT (4) BUAH CAWANGAN BALAI POLIS IAITU BALAI POLIS KLANG, BALAI POLIS PETALING JAYA, BALAI POLIS TAMAN MALURI DAN BALAI POLIS SALAK TINGGI PADA 28 SEPTEMBER 2016  DAN AKAN  DIPERLUASKAN KE SELURUH NEGARA PADA TAHUN INI.
 
7. PELAKSANAAN INI AKAN MENGHAPUSKAN PENGGUNAAN KERTAS DAN BORANG MANUAL, MENGURANGKAN BEBAN TUGAS PETUGAS JPN UNTUK KEMASUKAN DATA DAN MENGHAPUSKAN AMALAN SEDIA ADA DI MANA PETUGAS PDRM PERLU MEMBUAT PENGHANTARAN HARDCOPY BORANG KEMATIAN KE PEJABAT JPN BERDEKATAN. KERJASAMA INI MEMBOLEHKAN MAKLUMAT KEMATIAN DAPAT DITERIMA OLEH JPN SECARA ATAS TALIAN SEKALIGUS DATA KEPENDUDUKAN DAPAT DIKEMASKINI SECARA REAL TIME.SELAIN ITU, IANYA DAPAT MENGURANGKAN LAMBAKAN SIJIL KEMATIAN YANG TIDAK DIKUTIP DI PEJABAT JPN SEKALIGUS MENGURANGKAN PEMBAZIRAN SUMBER. SYABAS SAYA UCAPKAN KEPADA JPN DAN PDRM DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM SEUMPAMA INI. SEMOGA INTEGRASI SISTEM INI DAPAT DIPERLUASKAN KEPADA KKM PADA MASA HADAPAN.
 
 
8. PADA TAHUN INI, JPN JUGA SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBUAT PINDAAN KE ATAS AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957 (AKTA 299) DAN AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 (AKTA 164) BAGI MEMASTIKAN KEDUA-DUA AKTA INI TERUS RELEVAN DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA. INSYAALLAH KEDUA-DUA AKTA INI AKAN DIBENTANGKAN SEWAKTU SESI PARLIMEN YANG AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI.
 
 
 
 
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
 
9. SELEPAS SAYA DIAMANAHKAN MEMEGANG PORTFOLIO TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI PADA 28 JULAI 2015, ANTARA PERKARA TERAWAL YANG SAYA TEKANKAN ADALAH MENGENAI PENGAUDITAN SISTEM-SISTEM ICT YANG DIGUNAPAKAI DI JPN. PERKARA INI PENTING BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KELOMPONGAN DALAM SISTEM YANG BOLEH DIMANIPULASI OLEH WARGA JPN ATAUPUN PENGGODAM LUAR. ALHAMDULILLAH, PENELITIAN SAYA MENDAPATI JPN MEMPUNYAI SISTEM ICT YANG BERKEUPAYAAN TINGGI, SELAMAT SERTA MAMPU MENGENALPASTI SEBARANG ANOMALI DALAM PROSES DAN KAEDAH PENDAFTARAN.
 
10. PADA MASA YANG SAMA, PENGGUNAAN ICT HIJAU MERUPAKAN LANGKAH STRATEGIK KERAJAAN UNTUK MENYOKONG DASAR TEKNOLOGI HIJAU. JPN TURUT MENYOKONG INISIATIF INI DENGAN MENAIKTARAF PUSAT DATA BERKONSEPKANGREEN DATA CENTER. MELALUI INISIATIF INI, PERKHIDMATAN JABATAN DAPAT MEMASTIKAN OPERASI BERTERUSAN SEHINGGA 99.82 PERATUS DAN MENGURANGKAN PERBELANJAAN PENGURUSAN PUSAT DATA SEHINGGA 30 PERATUS. PEMBANGUNAN PUSAT DATA INI TELAH DIMULAKAN PADA BULAN JULAI 2016 DAN DIJANGKA SIAP TAHUN HADAPAN.
 
 
11. JPN TURUT MENGADAKAN PERKONGSIAN PINTAR MAKLUMAT IDENTITI BERSAMA  63 AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BERKANUN MELALUI AUTOMATED FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM (AFIS), AGENCY LINK- UP SYSTEM (ALIS) DAN MYIDENTITY. SISTEM MYIDENTITY MAMPU MENGEKANG PEMALSUAN IDENTITI MELALUI PENGESAHAN IDENTITI (VERIFICATION) DAN BIOMETRIK (FINGERPRINT AUTHENTICATION) SECARA ONLINE DAN REAL TIME.  SETIAP HARI, LEBIH 77,000 TRANSAKSI PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN MAKLUMAT ASAS PERIBADI INDIVIDU DIAKSES MELALUI MYIDENTITY. SETIAP TRANSAKSI HANYA MENGAMBIL TEMPOH ANTARA 0.02 SAAT HINGGA 5 SAAT.  PERKONGSIAN PINTAR INI TELAH BERJAYA MENGHAPUSKAN SAMA SEKALI KESILAPAN, PEMALSUAN DAN PENIPUAN SEMASA PELANGGAN BERURUSAN DI AGENSI-AGENSI TERSEBUT.
 
 
HADIRIN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN,
 
12. AKHIR KATA, JPN MERUPAKAN CUSTODIAN KEPADA SISTEM PENDAFTARAN SIVIL NEGARA INI DALAM MEMASTIKAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN DALAM SEMUA ASPEK SEPERTI EKONOMI, POLITIK, SOSIAL DAN KESELAMATAN SERTA MENJAMIN KESTABILAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA.  OLEH ITU, SAYA BERHARAP DAN MENDOAKAN SUPAYA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENGHARGAI KEAMANAN DAN KEMAKMURAN YANG TELAH SEKIAN LAMA KITA NIKMATI.
 
DENGAN LAFAZ MULIA, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA DENGAN INI MERASMIKAN HARI PENDAFTARAN NEGARA KALI KE-4TAHUN 2016 DAN SETERUSNYA MELANCARKAN INTEGRASI SISTEM PERMIT MENGUBUR-PENDAFTARAN KEMATIAN PDRMDAN JPN.
SEKIAN. WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH.
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121452

moha qrcode