Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Sumbangan AZMIABDUL MALEK.
JABATAN Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menyelesaikan 109,733 kes melalui panggilan talian 999 yang membabitkan mangsa seramai 49,253 sepanjang bulan Januari hingga November tahun ini.
Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling, berkata peranan JPAM semakin penting, mencabar dan perlukan perhatian sepenuhnya daripada pegawai dan kakitangannya.
Beliau berkata, sebagai bukti baru-baru ini JPAM turut bertungkus-lumus menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa terbabit dengan bencana alam berkenaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Perit jerih pegawai dan kakitangan bertugas dengan berkesan di musim banjir kali ini mendapat perhatian sesetengah pihak di media sosial dan media arus perdana.
Bagi tempoh Januari hingga November 2013 pula, JPAM berjaya menangani 109,733 kes yang membabitkan mangsa seramai 49,253 orang.
Menurutnya, kes paling banyak diterima ialah pada bulan September iaitu sebanyak 10,626 kes membabitkan mangsa terbabit seramai 4,672 orang.
Bagi laporan penyelamat pantai dari bulan Januari hingga November 2013 pula, JPAM berjaya menangani 149 kes membabitkan mangsa seramai 168 orang.
ÔÇ£Tahniah kepada 62 pelatih kerana bangga berpakaian segak dan kemas berjaya mengharungi kepayahan dan kesukaran ketika menjalani latihan baru-baru ini.ÔÇØ
ÔÇ£Ini adalah sebahagian kecil cabaran dihadapi sebagai pegawai JPAM dan ia merupakan titik permulaan menghadapi dugaan, cabaran di samping menguji ketahanan fizikal serta mental masing-masing,ÔÇØ katanya ketika berucap di Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Skim Perkhidmatan Pertahanan Awam Gred KP27 dan KP17 Siri 10/2013 di Padang Kawad Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Sulaiman berkata, sebagai pegawai JPAM mereka tidak menjadikan karier masing-masing sekadar batu loncatan dengan melaksanakan tugas secara sambil lewa.
ÔÇ£Mereka perlulah melaksanakannya dengan amanah , ikhlas dan sepenuh hati ketika menggalas tanggungjawab diberikan.
ÔÇ£Anda harus bersyukur kerana bertuah dipilih menjadi warga JPAM kerana jumlah permohonan yang diterima baru-baru ini terlalu ramai berbanding bilangan sebenar yang ditawarkan, ÔÇØkatanya.
Beliau berkata, JPAM pernah melaksanakan kursus Siri pertama pada tahun 2006 dan sehingga kini pengambilan perjawatan Gred KP17 adalah seramai 366 orang, manakala Gred KP27 (83) dan Gred KP41 seramai (30).
Katanya, kursus ini adalah wajib disertai bagi setiap pegawai JPAM yang baru dilantik dan 62 pegawai baru berjaya menamatkan kursus sejak melaporkan diri di JPAM pada 17 Jun 2013. 
Pegawai terbabit mengikuti pelbagai jenis modul kursus selama enam bulan yang membabitkan 21 daripada Gred KP27 dan 41 (Gred KP17).
Menurutnya, JPAM merupakan salah satu agensi penyelamat di negara ini yang semakin aktif melaksanakan tranformasi dan proses penjenamaan semula.
JPAM kini terkenal sebagai sebuah jabatan yang mempunyai peranan penting dalam pengurusan bencana dan kecemasan.
Pencapaian ini tidak akan berterusan tanpa sokongan generasi baru yang mantap, ampuh dan berketrampilan.
Sulaiman berkata, sejak pra-kemerdekaan JPAM secara rasminya kini sudah berusia 61 tahun apabila ia ditubuhkan pada 24 Mac 1952 bagi melaksanakan Peruntukan Ordinan 1951 yang kemudiannya ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.
Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda kemudiannya bagi melaksanakan tugas dan peranan ketika aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki apabila berlakunya peperangan.
Pada Mac lalu JPAM secara aktifnya terbabit dalam pengurusan pusat pemindahan ketika berlakunya Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.
Ketika operasi itu dilaksanakan, JPAM diberi tanggunjawab yang amat penting bagi memastikan mangsa terbabit ditempatkan di beberapa pusat pemindahan dan kawasan sekitarnya.
JPAM harus memastikan mangsa mendapat pembelaan dan penjagaan sebaiknya.
Dengan semangat tinggi pegawai dan kakitangannya, JPAM berjaya memastikan semua mangsa ditempatkan di beberapa pusat perlindungan mendapat pembelaan sewajarnya. 
Beliau pasti JPAM akan lebih cemerlang sepanjang tahun 2014 sekiranya terus mendapat sokongan kerajaan dan orang awam.
 
JPAM bukan lagi sekadar menangkap ular dan menghantar orang sakit atau mangsa kemalangan ke hospital, malah lebih daripada itu selagi mendapat sokongan dan pengiktirafan semua pihak yang cintakan keselamatan, keamanan, ketenteraman kesejahteraan awam.
-tamat-
Lembaga Penapis Filem
Lembaga Parol
Lembaga Pencegahan Keganasan
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi