Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Ï¿┘ÉÏ│┘Æ┘à┘É Ïº┘ä┘ä┘ç┘É Ïº┘äÏ▒┘Ä┘æÏ¡┘Æ┘à┘Ä┘å┘É Ïº┘äÏ▒┘æ┘ÄÏ¡┘É┘è┘Æ
Ϻ┘äÏ¡┘Ä┘à┘ÆÏ»┘Å ┘ä┘É┘ä┘æ┘Ä┘ç┘É Ï▒┘ÄÏ¿┘æ┘É Ïº┘ä┘ÄÏ╣┘ÄϺ┘ä┘Ä┘à┘É┘è┘å┘Ä. ┘ê┘ÄϺ┘äÏÁ┘æ┘Ä┘äϺ┘ÄÏ®┘Å ┘ê┘ÄϺ┘äÏ│┘æ┘Ä┘äϺ┘Ä┘à┘Å Ï╣┘Ä┘ä┘Ä┘ë Ï│┘Ä┘è┘æ┘ÉÏ»┘É┘å┘ÄϺ ┘à┘ÅÏ¡┘Ä┘à┘æ┘ÄÏ»┘ì ┘ê┘ÄÏ╣┘Ä┘ä┘Ä┘ë Ïó┘ä┘É┘ç┘É ┘ê┘ÄÏÁ┘ÄÏ¡┘ÆÏ¿┘É┘ç┘É Ïú┘Äϼ┘Æ┘à┘ÄÏ╣┘É┘è┘å┘Ä.
 
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim┬á Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul TaÔÇÖzim, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Al-Marhum Sultan Idris Shah.
1.     Patik bagi pihak Kerajaan Persekutuan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku yang sudi hadir mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Di Penjara Kluang, Johor pada hari yang berbahagia ini.
2.     Keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tuanku melambangkan kesungguhan dan sokongan     yang amat sangat serta menambahkan lagi serinya majlis pada hari ini.
3.     Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku memperkenan pengampunan lapan orang banduan pada tahun 2012. Atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku telah memberikan impak yang positif dari segi pembangunan pemulihan banduan.
Patik juga menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggung Johor.
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Aris Bendahara.
Yang Amat Mulia Tunku Paduka Puteri Tun Aminah binti Sultan Ibrahim.
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor.
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Yang Berhormat Mulia Tunku Othman Ibni Almarhum Tunku Temenggong Ahmad, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.
Ampun Tuanku,
Patik mohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk memberikan ucapan kepada para hadirin sekalian.
Ampun Tuanku,
Yang Amat Berhormat DatoÔÇÖ Seri Mohd Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor
Yang Berhormat Ustaz Hj Abd Mutalip Bin Abdul Rahim Al-Hafiz, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Yang Berhormat DatoÔÇÖ Hj. Obet Bin Tawil,┬á Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Yang Berhormat Ahli-ahli Jumaah Majlis DiRaja Johor
Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Seri Abd Rahim Bin Mohd┬á Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara DatoÔÇÖ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia
Yang Berhormat DatoÔÇÖ Haji Abd Razak Bin Hassan, Pengarah Jabatan Agama Johor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor
Sohibus Samahah Yang Berhormat DatoÔÇÖ M. Tahrir Bin DatoÔÇÖ Kiyai Haji Samsuddin, Mufti Negeri Johor
Yang Berbahagia Encik Abd Karim Bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kluang
Yang Setia Timbalan Komisioner Penjara Mat Rashid Bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat
Yang Berhormat DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Datin-Datin, Dif-Dif Kehormat
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
1.     Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya, dapatlah kita bersama-sama dalam Majlis Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Penjara Kluang, Johor pada pagi yang bersejarah ini.
2.     Sesungguhnya, sejarah telah sekian lama melakarkan bahawa Negeri Johor sememangnya sebuah negeri yang aman makmur, tidak hairanlah rakyat Negeri Johor dari dulu sehingga kini, adalah rakyat yang begitu yakin diri, berpandangan jauh, tinggi ilmunya, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi, dan pada masa yang sama kekal dan bangga dengan budaya dan asal-usulnya.
3.     Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri Johor yang telah berusaha bersama-sama merealisasikan penubuhan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di dalam Kompleks Penjara Kluang, Johor.
4.     Hari ini sejarah ditempa lagi dimana kita akan bersama-sama menjadi saksi Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah yang merupakan sekolah aliran agama pertama ditubuhkan di Institusi Penjara Malaysia.
5.     Sebagai makluman, Penjara Kluang merupakan salah sebuah penjara yang terdapat di Negeri Johor yang  menempatkan banduan jatuh hukum atau sabitan. Dengan kapasiti seramai 2,300 orang banduan, 75% daripadanya adalah penghuni beragama Islam dan kebanyakannya amat lemah pengetahuan agama.
6.     Sebagai makluman juga, di Penjara Kluang terdapat Sekolah Integriti yang menempatkan pesalah muda yang beroperasi semenjak tahun 2008. Dengan wujudnya cabang pendidikan secara formal serta kemahiran di penjara, ia menandakan keseriusan Kerajaan menjana modal insan tidak mengira tempat atau peringkat umur.
7.     Saya mewakili Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri khasnya merasa sangat bangga dengan Penubuhan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah untuk penghuni-penghuni di sini. Kami percaya penerapan agama perlu diberikan keutamaan kerana pendidikan agama adalah nadi perubahan dan menjana kehidupan yang lebih baik kepada setiap insan.
8.     Saya juga memberi jaminan sepenuhnya dari segi kawalan keselamatan dan pentadbiran di mana Penjara Kluang mempunyai kakitangan yang berpengalaman dalam mentadbir urus Sekolah Integriti sebelum ini untuk sama-sama membantu tenaga pengajar dan lain-lain khidmat pentadbiran dalam menguruskan pula Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah.
9.     Penubuhan sekolah agama ini adalahusaha murni Jabatan Agama Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Penjara Malaysia dalam memantapkan dan memperluaskan lagi cabang pemulihan untuk penghuni dengan memberi peluang kepada mereka mendalami ilmu-ilmu agama Islam dengan lebih baik.
10.     Langkah permulaan ini akan menjadi asas kepada penubuhan sekolah seumpamanya di seluruh Insitusi Penjara Malaysia. Penubuhan sekolah ini adalah bertepatan dengan keperluan melengkapkan diri penghuni dengan kemahiran, pengetahuan dan juga kerohanian untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dibebaskan kelak.
11.     Jika penghuni yang buta huruf akhirnya dapat diasuh untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SRP, SPM dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Adalah lebih mulia dan menjadi nilai tambah bagi penghuni berkenaan sekiranya diri mereka dapat dipersiapkan juga dengan ilmu agama yang boleh menjadi benteng dan menghindar diri daripada mengulangi perkara kemungkaran yang bertentangan dengan syariat Islam.
12.     Sesungguhnya hasrat ini amatlah bertepatan dengan matlamat pembangunan modal insan negara yang ingin melihat lebih ramai profesional agama seperti ulama-ulama yang terdahulu yang hebat.
13.     Tidak mustahil pada satu masa nanti di Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah akan melahirkan tokoh-tokoh agama dan penghafaz Al-Quran yang menjadi sumber rujukan, bukan sahaja di dalam negara malah diperingkat dunia.
14.     Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal Al-Quran. Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Anas Radiallahu ÔÇÿAnhu. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ÔÇ£Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri┬á┬á daripada manusia.ÔÇØ Lalu Anas bertanya: ÔÇ£Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?ÔÇØ. Bagindamenjawab: ÔÇ£Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.ÔÇØ
15.     Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Johor khasnya serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak, dalam menjayakan majlis ini.
16.     Saya mendoakan semoga usaha murni yang dilaksanakan ini akan beroleh kejayaan dan keberkatan Allah S.W.T. jua.
Ampun Tuanku, Sekianlah Sahaja Ucapan Patik.
Bagi Mengakhiri Ucapan Patik Ini Di Majlis Pelancaran Ini, Patik Bagi Pihak Kerajaan Persekutuan Sekali Lagi Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih Atas Perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Merasmikan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah, di Penjara Kluang, Johor.
Ampun Tuanku.
Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Kluang, Johor 28112013
Lembaga Penapis Filem
Lembaga Parol
Lembaga Pencegahan Keganasan
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi