telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

OPS ID

 

KUALA LUMPUR 13 November 2013. ÔÇô Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 20 pengawal keselamatan warga Filipina termasuk enam wanita kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam satu serbuan di Pangsapuri SS8, Kelana Jaya di sini malam tadi.

Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, siasatan awal mendapati kad pengenalan palsu dimiliki pengawal keselamatan terbabit diperoleh daripada ejen dengan harga antara RM300 ke RM500 sekeping.

OPS ID 1

Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut menahan 19 warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di kawasan sekitar.

Siasatan mendapati kesemuanya melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa serta tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Kata Wan Zakaria lagi, rata-rata individu yang ditahan terbabit telah tinggal di ibu negara ini sejak tiga tahun lalu dengan menggunakan kad pengenalan beralamat di Sabah.

ÔÇ£Kesemua yang memiliki kad pengenalan palsu ini sebenarnya adalah warga Filipina berusia antara 24 ke 35 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang berhampiran kawasan ini.

OP ID 2

ÔÇ£Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) kerana memiliki kad pengenalan palsu,ÔÇØ katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit.

Sementara itu, seorang daripada pengawal keselamatan terbabit mendakwa telah menetap di Semporna, Sabah sejak kecil dan memperoleh kad pengenalan palsu terbabit daripada rakannya bagi membolehkannya bekerja di ibu negara.

Semakan dengan bahagian Rekod Kad Pengenalan, JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan 10 tertuduh adalah palsu serta dikeluarkan atas alamat di Sabah.

OP ID 3

Sementara kad pengenalan 10 tertuduh lagi didaftarkan atas nama orang lain serta beralamat di Sabah.

Siasatan di tempat kejadian juga mendapati kesemua tertuduh berasal dari Filipina dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

 

Sumber : Utusan Online

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121300

moha qrcode