KURSUS PEMBENTUKAN KARAKTER MELALUI PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI (ESQ) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL KDN
 
Kajang, 8 November 2013 ÔÇô Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam┬á Negeri (KDN) telah menganjurkan Kursus Pembentukan Karektor Melalui Penghayatan Nilai-Nilai Murni (ESQ) bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Siri 2/2013 bertempat di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).
Kursus yang bermula dari 7 hingga 9 November 2013 dihadiri oleh 150 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan KDN serta Jabatan di bawah seliaannya.
Kursus selama tiga hari ini mendedahkan para pegawai kepada dunia latihan yang menyentuh aspek spiritual dan emosional seseorang secara mendalam bagi membina keperibadian sahsiah masing-masing. Antara objektif kursus ini adalah memegang teguh nilai-nilai murni yang berteraskan prinsip Rukun Negara Pertama iaitu Kepercayaan Kepada TuhanÔÇØ, mencipta semangat kerjasama dan berpasukan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, membangun Kecerdasan Emosi dengan cara berfikir yang teguh, dan menyeimbangkan antara Kecerdasan Intelektual (IQ), Kecerdasan Rohani/Spiritual (SQ) dan Kecerdasan Emosional(EQ) dalam aktiviti-aktiviti seharian para peserta.