JPN DIARAH PERIKSA KAD PENGENALAN SEMUA PENGAWAL KESELAMATAN
 
PUTRAJAYA, 28 Oktober- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarahkan untuk  memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.
Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak melibatkan tempoh masa.
ÔÇ£Pemeriksaan yang melibatkan lebih daripada 600 syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata dan tidak bersenjata.ÔÇØ
DatoÔÇÖ Seri Ahmad Zahid berkata pihak juga akan meneliti cadangan agar syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.
Beliau turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat ada pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata api untuk tujuan lain.
ÔÇ£Mana-mana syarikat yang menjual atau menggunakan lesen yang diluluskan untuk tujuan selain apa yang sudah ditentukan dalam syarat lesen akan ditarik balik,ÔÇØ katanya.
Langkah yang diambil pihak berkuasa ini susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.