Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
TERIMA KASIH SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS.
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM 1 IMIGRESEN
Y. BERHORMAT DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI,
MENTERI DALAM NEGERI,
Y. BERHORMAT DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR        
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
Y.BHG. DATOÔÇÖ SRI ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD RADZI,
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI,
Y.BHG. DATOÔÇÖ TKSU KANAN
TUAN YANG TERUTAMA DUTA-DUTA, (YOUR EXCELLENCIES AND REPRESENTATIVES FROM FOREIGN MISSION)
Y. BHG. DATOÔÇÖ-DATOÔÇÖ/ DATIN-DATIN,
KSU-KSU, KETUA-KETUA JABATAN, SETIAUSAHA BAHAGIAN 
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
ALHAMDULILLAH TERLEBIH DAHULU SAYA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN DATOÔÇÖ-DATOÔÇÖ DAN DIF DIF JEMPUTAN, DIIRINGI UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN MELAPANGKAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA DI DALAM MAJLIS INI.
 
I WOULD LIKE TO EXPRESS MY HIGHEST GRATITUDE TO OUR HONOURABLE GUESTS, YOUR EXCELLENCIES FROM VARIOUS EMBASSIES WHO ARE HERE TODAY, TOGETHER WITH US CELEBRATING OUR  MALAYSIAN IMMIGRATION DAY. THANK YOU FOR COMING.
SESUNGGUHNYA KEHADIRAN DATOÔÇÖ-DATOÔÇÖ DAN TUAN/PUAN SEKALIAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA KAMI DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA┬á SEKALIGUS MENUNJUKKAN SOKONGAN YANG PADU KEPADA PERJUANGAN WARGA IMIGRESEN SELAMA INI.
DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IMIGRESEN KEPADA SELURUH WARGA IMIGRESEN DENGAN KITA SEMUA BERAZAM UNTUK TERUS MENYOKONG JABATAN BAGI MENCAPAI HASRAT JABATAN MEMBERIKAN ÔÇÿPERKHIDMATAN BERTARAF DUNIAÔÇÖ.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI IMIGRESEN TAHUN 2013, YANG MERIAH DAN CUKUP BERMAKNA PADA PAGI INI. SESUNGGUHNYA SAYA BERASA AMAT GEMBIRA DAN TERHARU KERANA BERPELUANG BERTEMU DAN BERAMAH MESRA DENGAN WARGA IMIGRESEN SEKALIAN PADA HARI YANG BERBAHAGIA INI.
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
PENGANJURAN MAJLIS INI MEMPUNYAI SIGNIFIKAN YANG SANGAT BESAR LAGI PENTING KEPADA SELURUH KELUARGA JABATAN IMIGRESEN. HAKIKATNYA, HARI INI, KITA WAJAR MEMBUKA  PANDANGAN DAN MINDA DENGAN LEBIH LUAS MENGENAI TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH JABATAN IMIGRESEN.
YANG PASTI, IANYA BUKAN TERTUMPU SEMATA KEPADA SOAL MENGURUS PERGERAKAN MANUSIA KE DALAM DAN KELUAR NEGARA SEMATA-MATA, NAMUN IANYA JUGA BERKAIT DENGAN SOAL INTEGRITI SEMPADAN, SOAL ASAS KESELAMATAN, HUMAN CAPITAL, ECONOMIC COMPETITIVENESS DAN BANYAK LAGI KONTEKS LAIN YANG LEBIH BESAR DAN STRATEGIK SIFATNYA.
AMANAH, TANGGUNGJAWAB DAN SIGNIFIKASI JABATAN IMIGRESEN KEPADA INTEGRITI PERSEMPADANAN, PEMANTAUAN KESELAMATAN, SUDAH LAMA TERSEDIA DI DALAM RANGKA PENTADBIRAN KERAJAAN.
HARI INI, IMIGRESEN BUKAN LAGI SOAL MENJAGA PINTU SEMPADAN NEGARA DAN MENGURUSKAN WARGA ASING SEMATA-MATA. IANYA KINI SUDAH MENJADI PROSES TRANS-NASIONAL YANG SANGAT KOMPLEKS DAN MELUAS.
GLOBALISASI KEMUDAHAN DAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI DALAM PERJALANAN MANUSIA PADA MASA KINI TELAH MEJADIKAN PERJALANAN DIANTARA NEGARA TERSANGAT MUDAH DAN MEMBUKA RUANG KEPADA PERKARA-PERKARA NEGATIF YANG TURUT MERENTASI SEMPADAN YANG SERUPA.
KITA SEMUA MENGHARAPKAN HANYA PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KEBAIKAN YANG MERENTASI SEMPADAN KE DALAM NEGARA KITA NAMUN  IANYA MENJADI PERKARA YANG SANGAT SUKAR UNTUK DIKAWAL.
KESEDIAAN KITA UNTUK MENJADI SANGAT MESRA DENGAN MEMBUKA RUANG SELUASNYA UNTUK MENERIMA KEHADIRAN ORANG LUAR AKHIRNYA MENYEBABKAN KITA TERBELENGGU DENGAN MASALAH-MASALAH NEGATIF YANG MEMBAWA IMPAK BESAR. INI TERMASUKLAH MASALAH PENDATANG ASING TANPA IZIN, TRANS-NATIONAL CRIME, HUMAN TRAFFICKING DAN JARINGAN PENJENAYAH SERTA PENGGANAS ANTARABANGSA.
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
JABATAN IMIGRESEN JUGA TIDAK TERKECUALI DARIPADA PERSEPSI NEGATIF YANG DIKEMUKAKAN OLEH PIHAK TERTENTU. ┬áAKIBAT PERBUATAN TIDAK AMANAH, KELAKUAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ÔÇÖSEGELINTIR KECILÔÇÖ ANGGOTA, WARGA IMIGRESEN KESELURUHANYA TURUT TERJEJAS ┬áJUGA KE DALAM LEMBAH PERSEPSI YANG TIDAK SEWAJARNYA.
SAYA SERING BERPESAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN SUPAYA BERANI DALAM MEMBAWA PERUBAHAN. UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN INI, KITA TIDAK BOLEH LAGI MENJALANKAN TUGAS DALAM KEADAAN ZON SELESA (COMFORT ZONE).  
KEBERANIAN INI TERLETAK KEPADA KEKUATAN MINDA, SEMANGAT UNTUK MENCUBA, BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERSEDIA MENGHADAPI RISIKO DAN KEPAYAHAN. DALAM KATA LAIN, PENGHALANG KEPADA KEBERANIAN ADALAH INDIFFERENCE.
OLEH ITU, KITA MESTI BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN. JANGANLAH KITA MUDAH MERASA SELESA DENGAN APA YANG KITA ADA TERUSKAN MEMONTUM  ANDA BAGI MEMASTIKAN SETIAP PERKHIDMATAN YANG DIBERI, MEMBERI IMPAK KEPADA MASYARAKAT.
SELAKU KETUA PENGARAH IMIGRESEN, SAYA SECARA PERIBADI AKAN MELIHAT DENGAN LEBIH MENDALAM DAN MENINGKATKAN USAHA PENAMBAHBAIKAN, PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN, PEMANTAPAN INTEGRITI WARGA IMIGRESEN DENGAN LEBIH MENYELURUH.
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA  SENTIASA BERADA SELANGKAH DI HADAPAN UNTUK MELAKUKAN INOVASI DALAM MENONGKAH ARUS MODENISASI  DAN GLOBASLISASI KINI. USAHA INI DILAKUKAN KE ARAH PENAMBAHBAIKAN MUTU PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM. BAHAGIAN KHIDMAT EKSPATRIAT MERUPAKAN SALAH SATU BAHAGIAN DI BAWAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA YANG BERPERANAN DALAM PENGELUARAN PAS BAGI KEMUDAHAN-KEMUDAHAN IMIGRESEN BERKAITAN DENGAN EKSPATRIAT.
ANTARA INISIATIF UTAMA YANG DISYORKAN OLEH JWC-E ADALAH UNTUK MENAIKTARAF BAHAGIAN PAS PENGGAJIAN KEPADA BAHAGIAN KHIDMAT EKSPATRIAT (EXPATRIATE SERVICES DIVISION ATAU ESD). PENDEKATAN ÔÇ£CUSTOMER CENTRICÔÇØ┬á DIUTAMAKAN TERMASUKLAH PENGINTEGRASIAN SEMUA SISTEM SERTA PROSES BAGI SEGALA URUSAN ESKPATRIAT. SECARA AMNYA, BAHAGIAN PAS PENGGAJIAN, JIM ADALAH BERKONSEPKAN ÔÇ£PRODUCT┬á CENTRICÔÇØ┬á DAN HANYA MENGURUSKAN KEMUDAHAN IMIGRESEN SAHAJA.
SECARA ASASNYA, ESD DICADANGKAN UNTUK MEMPERTINGKAT MUTU PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN JIM KEPADA GOLONGAN EKSPATRIAT. OBJEKTIFNYA ADALAH UNTUK MEWUJUDKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN BERPUSAT (ONE-STOP CENTRE) UNTUK SEGALA KEMUDAHAN IMIGRESEN YANG BERKAITAN DENGAN ESKPATRIAT SEPERTI PENGELUARAN PAS RESIDENT-TALENT, PAS PENGGAJIAN, PAS LAWATAN (PROFESIONAL). PAS LAWATAN (SOSIAL) UNTUK TANGGUNGAN DAN PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) UNTUK PEMBANTU RUMAH ASING KEPADA EKSPATRIAT.
DENGAN PENJENAMAAN SEMULA ESD, KEMUDAHAN IMIGRESEN DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN UNTUK GOLONGAN EKSPATRIAT DAPAT DIPERTINGKAT DAN SETERUSNYA MEMENUHI HASRAT PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI EKSPATRIAT BERKEMAHIRAN TINGGI KE MALAYSIA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA.
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN
SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN HARI INI, UNTUK TURUT MERAIKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI OLEH JABATAN IMIGRESEN SEPANJANG TAHUN INI. NYATA, JIKA KITA MELIHAT SECARA TELITI, JABATAN IMIGRESEN JUGA TELAH MENCATATKAN PELBAGAI KEJAYAAN YANG MAMPU KITA SAMA-SAMA BANGGAKAN.
MENYINGKAP KEMBALI PENCAPAIAN JIM PADA SEPANJANG TAHUN 2013 KITA BOLEH BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN YANG KITA PEROLEHI.  SEBAGAI CONTOH PADA 4 JULAI 2013 BERTEMPAT DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLCC), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA MERANGKUL ANUGERAH AGENSI TERBAIK SEKTOR AWAM PADA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN GLOBAL (GEMA) 2013 YANG DIANJURKAN OLEH INSTITUT PENGURUSAN MALAYSIA (MIM), INI JELAS MEMPERLIHATKAN KOMITMEN JABATAN IMIGRESEN DALAM MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT.
SELAIN ITU,  JABATAN IMIGRESEN KLIA TELAH DIANUGERAHKAN SEBAGAI PERKHIDMATAN IMIGRESEN TERBAIK LAPANGAN TERBANG DUNIA OLEH PIHAK SKYTRAX BAGI TAHUN 2013, DIMANA JABATAN IMIGRESEN TURUT TELAH MEMENANGINYA BAGI TAHUN 2010 DAN 2011.
PADA TAHUN 2012 KITA MENDAPAT TEMPAT YANG KEDUA, NAMUN ITU SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN KOMITMEN DAN KUALITI PERKHIDMATAN IMIGRESEN YANG BERTARAF DUNIA. ANUGERAH YANG DISAMPAIKAN ADALAH LAMBANG KEMAMPUAN KITA, WARGA IMIGRESEN UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT YANG BERKELAS DUNIA. SELAIN DARIPADA SKYTRAX, KITA JUGA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN BAIK OLEH MALAYSIA AIRPORTS BERHAD (MABH) SEBAGAI AGENSI YANG EFISIEN DAN CEKAP.
TIDAK TERHENTI DISITU, KOMITMEN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH JABATAN IMIGRESEN DENGAN AGENSI LAIN DEMI UNTUK MELANCARKAN SEGALA URUSAN KELUAR MASUK PELANCONG DAN PENGEMBARA MELALUI UDARA, JABATAN IMIGRESEN TURUT MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI MALAYSIA AIRLINE SYSTEM (MAS) SEBAGAI THE MOST SUPPORTIVE GOVERNMENT AGENCY BAGI TAHUN 2013. SEKALI LAGI MEMBUKTIKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA MAMPU MEMBERIKAN PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA.
TAHUN INI JUGA MENYAKSIKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA MENGANGGOTAI INTERNATIONAL CIVIL AVIATION ORGANIZATION (ICAO) PUBLIC KEY DIRECTORY (PKD). PKD BERPERANAN UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT, MENGESAHKAN DATA DOKUMEN PERJALANAN DAN MEMASTIKAN SEMUA DATA TERSEBUT SEDIA DIAKSES OLEH 190 NEGARA PEJANJI ICAO TERMASUK MALAYSIA.
DENGAN INI RAKYAT MALAYSIA DAPAT MENIKMATI KEMUDAHAN MELAKUKAN PERJALANAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN LANCAR SERTA MENAIKKAN RANKING MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MESRA PELAWAT YANG TERBAIK DUNIA.
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN
SEBELUM MENGUNDURKAN DIRI, SAYA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T AGAR DIBERI KEKUATAN DAN KEBERANIAN KEPADA KITA SEMUA UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH AMANAH , TANGGUNGJAWAB DAN BERINTEGRITI. SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN KEDAPA SELURUH WARGA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA YANG SELAMA INI TELAH BERSAMA-SAMA BERUSAHA MENJAYAKAN MISI DAN VISI JABTAN YANG KITA SAYANGI INI.
MARILAH KITA BERSATU HATI UNTUK MEMBENTUK SATU BARISAN YANG KUKUH BESERTA DENGAN KEYAKINAN DAN ILTIZAM YANG MAMPAN UNTUK MENERUSKAN AGENDA JABATAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK BAGI RAKYAT NEGARA INI DAN TERUS MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI MATA DUNIA.
SEKALI LAGI SAYA BAGI PIHAK JABATAN IMIGRESEN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TIDAK BERBELAH-BAGI DEMI MEMPERTINGKATKAN IMEJ DAN PRESTASI JABATAN INI. SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN SAYA, IZINKAN SAYA MENYAMPAIKAN SERANGKAP PANTUN;
POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU
GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA
BALIKLAH TUAN MEMBAWA ILMU
BINALAH BANGSA BANGUNKAN NEGARA.
SELAMAT MENYAMBUT HARI IMIGRESEN.
SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH,
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH. TERIMA KASIH.
 
Putrajaya, 10 Disember 2013
Lembaga Penapis Filem
Lembaga Parol
Lembaga Pencegahan Keganasan
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi