telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KES ROMPAKAN,TEMBAK MATI PEGAWAI BANK: KDN BATALKAN LESEN SYARIKAT KESELAMATAN

 

PUTRAJAYA, 24 Oktober ÔÇô Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengambil tindakan membatalkan lesen sebuah syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan yang terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

1

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan KDN, Datuk Alwi bin Hj Ibrahim, tindakan itu diambil selepas syarikat tersebut didapati melanggar beberapa syarat dan peraturan pengendalian agensi persendirian mengikut Akta Agensi Persendirian 1971.

ÔÇ£Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.ÔÇØ

ÔÇ£Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini.ÔÇØ┬á

ÔÇ£Kesalahan itu melanggar syarat Pekeliling Agensi Persendiriaan Bilangan 4 2010, Perkara 4.1.2 iaitu tidak melakukan tapisan keselamatan. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan,ÔÇØ katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau juga menyeru syarikat kawalan keselamatan lebih teliti dalam pengambilan pekerja bagi memastikan semua pengawal keselamatan mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan KDN.

Sementara itu, KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

2

ÔÇ£Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan,ÔÇØ katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106254

moha qrcode