KUNJUNGAN HORMAT T.Y.T JOSE EDUARDO MALAYA DUTA FILIPINA KE ATAS MENTERI DALAM NEGERI
 
PUTRAJAYA, 2 September- Duta Filipina di Malaysia, T.Y.T Jose Eduardo Malaya, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Pertemuan hampir sejam itu diadakan bagi membincangkan mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Filipina selain merapatkan lagi hubungan diplomatik yang sedia wujud antara kedua-dua negara.