telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI YB DATOÔÇÖ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI BERSAMA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Hujan lebat tidak menghalang hampir dua ribu orang tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak pada Sabtu malam.

Majlis yang bermula pada jam 8 malam hingga 11 malam itu turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri DatoÔÇÖ Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa hampir sejam pada majlis yang tersebut.

Picture 091

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam dari Masjid Mekah.

Pelbagai juadah Hari Raya disediakan di puluhan gerai bagi bagi meraikan tetamu yang hadir, termasuk sate dan kambing panggang.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas oleh beberapa artis tempatan yang diundang yang diiringi kombo Polis DiRaja Malaysia serta pertunjukan bunga api selama lima minit.

Pada majlis itu DatoÔÇÖ Seri Zahid turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi 1Media untuk diserahkan kepada Tabung Perwira Lahad Datu.

Picture 115

YB DatoÔÇÖ Seri Zahid turut memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis itu.

Semoga sambutan Hari Raya peringkat kementerian ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan, kerjasama serta meningkatkan hubungan ukwah diantara kakitangan kementerian dan jabatan/agensi di bawahnya.

 

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106254

moha qrcode