telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

FORUM ÔÇÿUNDANG- UNDANG SEMASA DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCEGAH JENAYAH KEKERASAN SECARA BERKESAN

 

PETALING JAYA, 24 Ogos- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) telah menganjurkan forum sehari bertajuk ÔÇÿUndang- Undang Semasa dan Langkah-Langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara BerkesanÔÇÖ di Hotel Sunway baru-baru ini.

Forum ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, badan bukan kerajaan dan peserta forum mengenai penggubalan undang-undang pencegahan jenayah.

Antara isu yang diperbincangkan termasuklah penguatkuasaan dan penggubalan undang-undang jenayah serta langkah-langkah drastik bagi memerangi jenayah.

IMG_7311

Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata resolusi forum itu akan dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperinci, termasuk mengenai sama ada perlu mewujudkan semula undang-undang pencegahan.

ÔÇ£Apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, ia menyukarkan pihak penguatkuasa terutama polis dalam melaksanakan tindakan pencegahan,ÔÇÖ ujar beliau.

IMG_7330

ÔÇ£Dalam perbincangan untuk (mewujudkan) undang-undang baharu yang dibuat sekarang, kita akan pastikan resolusi forum ini dimasukkan sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang,ÔÇØ katanya.

DatoÔÇÖ Seri Zahid turut mengumumkan bahawa beliau telah dilantik oleh Najib sebagai pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Rabu lepas.

Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Asli, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, pegwai-pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia serta pengamal undang-undang.

Pada sidang media yang diadakan, DatoÔÇÖ Seri Zahid turut memaklumkan bahawa dua skuad khas telah ditubuhkan oleh polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini.

Skuad yang masing-masing mempunyai kekuatan seramai 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, telah mula beroperasi sejak dua bulan lalu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.

ÔÇ£Skuad khas ini beroperasi terus dari Bukit Aman dalam membanteras kumpulan sasaran tanpa melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri,ÔÇØ katanya.

IMG_7506

Secara tidak langsung, penubuhan skaud ini juga dapat memulih persepsi negatif masyarakat yang mengatakan pegawai dan anggota polis di bahagian negeri atau daerah bermasalah atau menerima rasuah,

ÔÇ£Pemilihan pegawai dan anggota skuad tertakluk kepada kuasa penuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,ÔÇØ katanya.

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106253

moha qrcode