telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS IFTAR JAMAÔÇÖIE JABATAN PENJARA MALAYSIA BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI

 

28 Julai- Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi telah meluangkan masa menghadiri Majlis Iftar JamaÔÇÖie anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Sungai Buloh.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Pengarah Jabtan Penjara, DatoÔÇÖ Sri Hj. Zulkifli Omar serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia.

 

Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ÔÇ£Ramadhan, Kedatangan Yang DirinduÔÇØ oleh penceramah bebas, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nizam Kamaruddin sementara menanti waktu berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.

Kalangan tetamu yang hadir turut mengambil kesempatan bertemu dan bermesra dengan YB Datuk Seri Zahid.

YB Datuk Seri Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Asrama Damai, Kuang dan sumbangan Jabatan Penjara Malaysia bagi Tabung Waqaf Al-Quran, kepada DatoÔÇÖ Abdul Latif Mirasa, Pengerusi Yayasan Restu.

YB Abdul Shukor Idrus, ADUN N13, Kuang turut menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Maahad Tahfiz Asrama Damai, Kuang, Puan Paramjit Kaur, Yang Di-Pertua PERSIAP bagi PERSIAP Cawanagn Penjara Sungai Buloh, serta Pengarah Penjara Sungai Buloh, Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh, yang menerima sumbangan bagi Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Buloh.

YB Datuk Seri Zahid turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia

Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah islamiyyah antara pihak Jabatan Penjara Malaysia dan juga mengaktifkan lagi interaksi hubungan kerja antara ahli-ahli Jabatan Penjara Malaysia dengan pucuk pimpinan KDN, pegawai dan kakitangan kementerian serta Jabatan Penjara Malaysia.

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106254

moha qrcode