telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA IRAN KE MALAYSIA, JALAL FIROUZNIA

 

23 Julai- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  pada Selasa telah menerima  kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia di pejabatnya di Putrajaya.

Pertemuan kira-kira 30 minit itu turut disertai Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Menurut YB Datuk Seri Zahid, dalam perbincangan itu, Malaysia dan Iran akan terus menjalinkan kerjasama untuk memperkukuhkan  lagi hubungan dua hala dalam pelabgai aspek seperti isu jenayah merentas sempadan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang dan kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia

Selain berbincang mengenai kebajikan sosial rakyat Iran di Malaysia dan isu Imigresen, perbincangan tersebut turut menyatakan persetujuan mengadakan perjanjian pertukaran banduan daripada kedua buah negara yang mana akan dimuktamadkan kemudian.

1.EC2G9899

Dalam pertemuan itu, delegasi Iran turut membincangkan mengenai kebajikan  pelajar di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang turut menetap di Malaysia untuk menemani mereka yang berjumlah sekitar 38,000 orang.

Syed Rasoul berkata beliau yakin kedua buah negara akan terus menjalin hubungan dalam pertukaran kebudayaan dan pelbagai sektor yang lain pada masa depan.

5.IMG_9835

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106252

moha qrcode