21 Julai 2013- Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menghadiri majlis sepetang YB Menteri Dalam Negeri bersama anggota RELA yang diadakan di Dewan Sivik Kampung Baru, bersempena dengan lawatan kerja dua hari YB Menteri ke Besut.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) DatoÔÇÖ Wan Ali Besar serta Ketua Pengarah RELA, DatoÔÇÖ Mustafa Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan RELA Negeri serta daerah Terengganu.
Pada majlis itu, YB Datuk Seri Zahid turut  menyampaikan uniform RELA kepada wakil setiap PDM Kuala Besut, yang dihadiri seramai 500 orang anggota RELA daerah Besut. Program diteruskan dengan acara majlis berbuka puasa YB Menteri Dalam Negeri bersama anggota RELA dan masyarakat setempat di Masjid Kg Baru sebagai usaha untuk merapatkan ukhwah diantara pemimpin, warga RELA dan masyarakat. Majlis berbuka puasa itu diikuti dengan solat Maghrib, kemudiannya Isyak dan solat sunat Tarawih.
=tamat=