PUTRAJAYA,16 Julai- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Y.B Menteri Dalam Negeri Bersama Warga RELA  yang diadakan di D8, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri.
 
 
 
Pada majlis itu, Datuk Seri Dr. Zahid turut menyampaikan sumbangan Hari Raya dan duit raya kepada Pengarah Bahagian Operasi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang diperuntukan untuk seramai 221 orang kakitangan Gred 17 ke bawah dan Pekerja khidmat Singkat termasuk anggota-anggota RELA yang bertugas di Kompleks D dan E, Pinggiran Desa Putra serta semua anggota RELA yang bertugas di seluruh negara yang berjumlah 5,000orang anggota.
 
 
Antara perkhidmatan yang melibatkan RELA adalah pengurusan sukarelawan yang cekap bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping bertindak sebagai ÔÇÖmata dan telingaÔÇÖ┬áKerajaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat seperti Police Volunteer Reserve (PVR), Omnipresence Bersama PDRM, Omnipresence Sekolah, Omnipresence Pasaraya, sasaran penting seperti stesen janakuasa dan jeti, Lapangan Terbang Kecil (STOLPORT), Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), kawalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rondaan sempadan Bersama UPP dan Agensi KDN, depoh Tahanan Imigresen, KPDNKK- kawalan di stesen-stesen minyak, tugasan di 10 kawasan ESSCOM, Ops Bersepadu bersama lain-lain agensi dan kawalan keselamatan.
 
 
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan serta Setiausaha Bahagian RELA.
 
 
 
 
Majlis berbuka puasa itu diikuti dengan solat Maghrib, kemudiannya Isyak dan solat sunat Tarawih.
 
-tamat-