MAJLIS BERBUKA PUASA KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA MENTERI
 
Putrajaya, 13 Julai ÔÇô Majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Menteri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan di ruang legar Blok D8, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri disambut meriah dengan dihadiri lebih 500 jemputan yang terdiri daripada kakitangan kementerian dan agensi-agensi yang bernaung di bawahnya.
 
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi dan ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah KDN.
Selain berbuka puasa dan beramah mesra dengan para hadirin, YB Menteri turut bersama-sama dengan hadirin berjemaah mendirikan solat tarawih sebelum menikmati jamuan moreh.