Lahad Datu, 29 Jun 2013 - Op Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac yang lalu bagi memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo kini dikenali sebagai Op Sanggah.
 
Pengumuman  itu dibuat sempena penyerahan rasmi operasi Op Daulat kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada Majlis Perbarisan Penghargaan Op Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima Angkatan Tentera dan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah menyerahkan tugas operasi Op Daulat tersebut kepada Datuk Mohammad Mantek, Ketua Pengarag ESSCOM disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah.┬á Hadir sama adalah DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri dan DatoÔÇÖ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.
Dengan penyerahan tersebut bermakna segala operasi dan pengawalan operasi Op Sanggah akan dilaksanakan sepenuhnya oleh ESSCOM.
Dalam sidang media yang diadakan Ketua Menteri Sabah berharap kerjasama dan komitmen semua pihak yang menjayakan Op Daulat sebelum ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar kesejahteraan rakyat di pantai timur Sabah terus terpelihara.  Penglibatan rakyat juga amat penting untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada anggota keselamatan.