telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS PELANCARAN HARI UNITED AGAINST CRIME

IMG_3422

Kuala Lumpur, 8 Jun 2013- YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyeru semua golongan masyarakat di Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam usaha memerangi jenayah secara berterusan. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Bersatu Menentang Jenayah (UAC) anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di taman Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kempen ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam dan pelancong asing berhubung pelbagai program dalam usaha memerangi jenayah mewujudkan persekitaran yang selamat kepada rakyat.

 

IMG_3437

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri juga menyarankan, Kementerian Dalam Negei (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan mewujudkan talian khas kecemasan yang disambungkan terus ke Bukit Aman supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan. Beliau juga turut meminta pihak swasta khususnya pemilik pusat membeli ÔÇô belah meningkatkan keselamatan di premis mereka seperti memasang lebih banyak televisyen litar tertutup dan menyediakan lebih ramai pengawal keselamatan.

IMG_3473

Turut hadir dalam program ini ialah, Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

=tamat=

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106252

moha qrcode