telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

ÔÇÿSTOP THE CYCLEÔÇÖ ÔÇô EARLY RECOVERY

 

Arau, 2 Januari 2013 - Seramai 34 Orang Kena Pengawasan (OKP) dari Balai Polis Arau telah menghadiri Program Psikologi yang dikelolakan oleh Pegawai Pemulihan Arau En Anizam Bin Romli dan dibantu En.Hisham Ismail di Caring Community House (CCH) Arau baru-baru ini. Program ini mendapat kerjasama dari ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Perlis Selatan iaitu Pn. Che Rohani Binti Jaafar dan En.Seruandi bin Ahmad dan Pengerusi CCH RPA Arau iaitu En.Tahrin.

1

Program ini diadakan dalam bentuk kelompok sokong bantu dibawah topik ÔÇÿStop The CycleÔÇÖ ÔÇô Early Recovery (Kemahiran kepulihan awal). Pada sesi berkenaan OKP diberi peluang berbincang tentang cara untuk mengelak dan memberhentikan ingatan terhadap penyalahgunaan substans. Perbincangan juga turut tertumpu kepada cara mengatasi masalah ketagihan dan cara untuk mengatasinya. Sesi pembangunan keluarga juga diketengahkan melibatkan dua (2) orang isteri OKP.

2

Kumpulan pertama seramai 10 orang OKP diketuai Pn.Norhiza binti Lah (Ketua Daerah AADK Perlis Selatan) juga fasilitator dibantu En.Norizan bin Said (PRS) selaku Co-Leader. Kumpulan kedua diketuai Pn. Rosnani binti Yahya dibantu En.Wan Abd Malik mempunyai 11 orang OKP dan kumpulan ketiga diketuai En.Anizam Romli serta En.Husin Abdullah selaku Co-Leader dianggotai 10 orang OKP. Program bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari diakhiri dengan hidangan minum pagi disumbangkan oleh ahli JKPD iaitu En. Seruandi.

Disediakan oleh:Azhar

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106253

moha qrcode