telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

BERSAMA WARGA RUMAH SEJAHTERA

5

Warga Rumah Taman Sejahtera bersama kakitangan dan Kes Pengawasan Daerah Marang

Marang, 4 Januari 2013 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang dengan kerjasama Warga Rumah Sejahtera sekali lagi telah menjalankan program Khidmat Komuniti iaitu bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pusat kebajikan tersebut baru-baru ini. Rumah Sejahtera yang terletak di Kg. Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang, Terengganu menempatkan seramai 12 warga emas telah dikendalikan oleh Pn. Norhazmi serta tiga orang kakitangan. Seramai 12 orang kakitangan AADK Daerah Marang dan 16 orang kes pengawasan telah hadir dalam menjayakan program ini.

Program ini dapat menggerak dan mendidik kes-kes pengawasan Daerah Marang menjadi agen-agen pembangun masyarakat dan kemanusiaan melalui penglibatan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Satu jalinan kerjasama juga dapat diwujudkan di kalangan kes pengawasan bagi menjana satu formula ke arah mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan mereka kepada anggota dan masyarakat umum dalam mencapai kecemerlangan hidup yang berterusan, ketinggian akhlak serta kesepaduan ilmu, iman dan amal.

6

Disamping mengamalkan gaya hidup sihat dan bersih, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara AADK Daerah Marang dan Rumah Taman Sejahtera. Pihak Rumah Taman Sejahtera mengharapkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan diadakan lagi bersama pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Alizan Bin Sulong

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106254

moha qrcode