telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

OUTREACH PERDANA AADK PULAU PINANG

Pulau Pinang, 8 Januari 2013 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah berjaya menganjurkan satu lagi aktiviti Outreach Perdana yang melibatkan 4 daerah iaitu AADK Pulau Pinang dan AADK Timur Laut di kawasan Persimpangan Jalan Penang/Jalan Chulia, AADK Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Timur di R&R Bagan Ajam manakala AADK Barat Daya di sekitar Queensbay Pulau Pinang.

a

Aktiviti yang bermula jam 11.00 malam sehingga 3.00 pagi ini melibatkan pegawai dan kakitangan AADK, NGO dan jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara. Selain itu, program ini juga disertai oleh En.Oh Tong Keong, Pegawai Penyelaras DUN Padang Kota, Ahli-ahli Gerakan Belia Bersatu Malaysia Pulau Pinang dan ahli SKUAD 1Malaysia.

b

Objektif program ini juga adalah bertujuan untuk membantu klien dan golongan gelandangan agar dapat meneruskan kehidupan dan bermanfaat kepada klien yang sekaligus menunjukkan komitmen AADK Pulau Pinang dalam usaha menangani masalah penagihan dadah.

c

Outreach ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan Rakan Strategik yang lain dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran. Pemberian makanan percuma, nasihat ringkas serta pengedaran pamplet mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh AADK merupakan pendekatan baru dengan kaedah pemujukan kepada klien. Semoga aktiviti yang dilaksanakan ini dapat dilaksanakan di kawasan lain pula pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Haslinda Hussein, AADK Negeri Pulau Pinang

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106251

moha qrcode