Kota Tinggi, 9 januari 2013 - Program di luar institusi merupakan salah satu terapi dan persediaan kepada klien dalam menjalani rawatan dan pemulihan. Sehubungan itu baru-baru ini pihak Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Kota Tinggi telah menganjurkan Program Outing bagi para penghuni CCRC Kota Tinggi yang melibatkan 10 orang klien.
Program bermula jam 9.00 pagi di mana pengisian program adalah seperti aktiviti bergotong-royong, bola sepak pantai, membina istana pasir dan bermandi-manda di pantai Tg.Balau, Kota Tinggi.Program berakhir jam 12.00 tengahari.
Program ini telah dipantau selia oleh Ketua Unit Sosial, Abdul Rauf bin Abd.Rahman, En.Mohd Razif bin Md Jidi, Unit Pengurusan Penghuni dan 2 pengawal keselamatan CCRC Kota Tinggi.