telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

BERSAMA MEMBASMI DADAH

Marang, 9 Januari 2013 - Masalah dadah adalah tanggungjawab bersama setiap rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, keturunan dan usia. Bagi mengatasi masalah tersebut, baru-baru ini satu operasi bersepadu antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, RELA Daerah Marang serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah diadakan di Hadapan Surau Ajudda, Pulau Kerengga, Marang.

a

Operasi ini bertujuan untuk membasmi penyalahgunaan dadah secara lebih bersepadu melibatkan pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan serta membasmi dan mencegah penyalahgunaan dadah dikalangan pengguna jalan raya. Pada operasi berkenaan, pihak AADK Marang juga turut menyampaikan maklumat kepada umum tentang Program Rawatan dan Pemulihan secara sukarela melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia.

b

c

Diharap dengan usaha yang padu ini, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku dengan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengambil apa-apa jenis dadah semasa pemanduan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan seseorang hilang pertimbangan diri seterusnya berisiko untuk berhadapan dengan kemalangan jalanraya.

Disediakan oleh: Alizan Bin Sulong

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106243

moha qrcode