Johor Bahru, 14 Januari 2013┬áÔÇô YBhg. DatoÔÇÖ Wahab b. Yassin, Timbalan Ketua Setiausaha (Peerolehan dan Pembangunan) Kementerian Dalam Negeri telah merasmikan Mesyuarat Pengurusan Nilai C4i yang berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru. Mesyuarat ini berlangsung selama lima hari bermula dari 13 hingga 17 Januari 2013.
Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KDN yang terlibat dalam projek ini.  Antara kementerian yang terlibat ialah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Ahli-ahli mesyuarat turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru untuk melawat bilik kawalan CCTV bagi melihat sendiri sistem yang sedang digunakan dan menganalisa bagaimana sistem C4i ini dapat menambahbaik operasi harian PDRM.