telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PERHIMPUNAN GELOMBANG KEDAMAIAN 1KDN DAN PELANCARAN TABUNG KECEMASAN GAZA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 27 Januari 2013┬áÔÇô Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan program gotong-royong┬áSkuad Muda KDN┬ábersempena dengan Perhimpunan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Pelancaran Tabungan Kecemasan GAZA Peringkat Negeri Johor.┬á Program gotong royong tersebut telah diadakan di Taman Desa Rahmat, Tampoi, Johor. YB. DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam bersama rombongan pengurusan tertinggi KDN turut meluangkan masa berkunjung ke kediaman Encik Lee Ah Kaw untuk menyerahkan sumbangan daripada Skuad Muda KDN.

IMG_9593

IMG_9647

Perhimpunan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Pelancaran Tabung Kecemasan GAZA Peringkat Negeri Johor ini telah diadakan di Giant Hypermarket Tampoi, Johor. Program yang bermula jam 10.00 pagi ini telah dihadiri kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada anggota sukarelawan dan Skuad Muda KDN serta orang awam. Dalam ucapan perasmian oleh YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, menyatakan bahawa jumlah sukarelawan yang ada pada ketika ini adalah sebanyak 3.7 juta ahli┬á yang mana telah meningkat sebanyak 1.2 juta ahli. Selain itu, YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong turut menyatakan bahawa penubuhan Skuad Muda ini adalah bagi┬á memberikan seluas-luasnya platform kepada golongan muda melibatkan diri┬á dalam kegiatan sukarelawan.

IMG_9711

IMG_9742

Program peringkat negeri Johor ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis yang juga menjadi ikon golongan belia iaitu Lan Kristal dan Syura dengan diiringi kombo Penjara Melaka. YB Timbalan Menteri juga berkesempatan menyampaikan cenderahati kepada pelajar cemerlang serta bantuan 3Bangsa juga diadakan. Penyampaian sumbangan ini membuktikan bahawa Skuad Muda KDN juga prihatin dengan nasib orang ramai selain dari mangsa peperangan di Gaza. Program yang meriah ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan laungan ÔÇÿFree PalestinÔÇÖ oleh mereka yang hadir.

IMG_9799

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106249

moha qrcode