Kampar, 1 Februari 2013┬áÔÇô Seramai enam orang pegawai dari Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan pemantauan Ops 1Malaysia yang dijalankan di sekitar kawasan Kampar, Perak. NKRA.
Pemantauan Ops 1Malaysia bertujuan melihat dan memantau rondaan yang telah dijalankan bagi mendekati masyarakat setempat di sekitar kawasan Kampar. Jabatan/ Agensi yang terlibat dalam rondaan ini akan memberi khidmat nasihat, menerima cadangan/ pandangan dari orang awam  serta menyampaikan maklumat perkhidmatan semasa rondaan dijalankan.
Rondaan Ops 1Malaysia yang bermula jam 10.00 malam dan berakhir pada jam 2.00 pagi.  Rondaan selama 4 jam setiap hari ini disertai oleh Jabatan/ Agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).  Hadir sama ke operasi kali ini ialah YBhg. Puan Dr. Waitchalla a/p R.R.V Suppiah, Setiausaha Bahagian NKRA