Jerai, 4 Febuari 2013┬áÔÇô Program Jelajah Anak Malaysia bertemakan Transformasi Rakyat singgah sebentar di Jerai, Kedah.┬á Jelajah Anak Malaysia merupakan kesinambungan Jelajah Aman Kampus diadakan bagi memastikan gerakan anak muda dapat merasai denyut nadi rakyat dan berkongsi pengalaman kehidupan di seluruh Malaysia.
Peserta Jelajah Anak Malaysia didedahkan dengan melihat sejauh mana agenda transformasi kerajaan sampai kepada rakyat.  Melalui  Program Suara Rakyat penduduk kampung diberi borang kaji selidik untuk diisi dan meminta pendapat rakyat tentang kerajaan yang sedia ada.  Manakala program riadah seperti bola sepak, sepak takraw dan bola jaring juga turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan bersama penduduk kampung. Antara program yang dapat menarik golongan muda adalah Pogram Rakyat Service Centre (RSC) yang telah berjaya menarik seramai 500 penduduk kampung untuk mengunjungi gerai-gerai pameran yang dibuka oleh Jabatan dan Agensi kerajaan.
Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan dialog bersama YB Dato Dr. Ku Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guar Chempedak.  Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai ekomoni Negara dan kepentingan rakyat untuk sama-sama menyertai proram transformasi negara.