Putrajaya, 7 Februari 2013┬áÔÇô Seramai 204 orang warga┬áKementerian Dalam Negeri┬á(KDN) tersenyum gembira menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diadakan di Dewan Gemilang, Blok D1, Putrajaya.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB DatoÔÇÖ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.┬á Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. DatoÔÇÖ Daud Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN, YBhg. DatoÔÇÖ Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Setiausaha-setiausaha Bahagian dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.
Rata-rata kakitangan KDN yang menerima bantuan tersebut merasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.
KDN mendapat kerjasama daripada Bank Simpanan Nasional bagi memudahkan penerima BR1M menunaikan baucer masing-masing.