Johor Bahru, 8 Februari 2013┬áÔÇô YBhg. DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha┬áKementerian Dalam Negeri┬á(KDN) dalam program turun padangnya turut melawat Jabatan Imigresen Malaysia (Custom and Immigration Quarantine Complex) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru bagi memantau sistem pergerakan di pintu masuk Malaysia/Singapura.
Dengan ini, beliau dapat melihat sendiri bagaimana pegawai-pegawai melaksanakan tugas di kaunter passport, sistem MACS serta melihat sendiri kesesakan kenderaan keluar masuk. ┬áTerdahulu YBhg. DatoÔÇÖ Sri KSU diberikan taklimat ringkas proses kerja di CIQ oleh Puan Zulaikha binti Abdul Wahab, Penolong Pengarah Imigresen.
Turut hadir Y.Bhg DatoÔÇÖ Alias bin Ahmad (Ketua Pengarah Imigresen)┬á disertai oleh semua Timbalan Setiausaha iaitu YBhg. DatoÔÇÖ Daud Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan)KDN, YBhg. DatoÔÇÖ Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Puan Hasanah Binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Y.Bhg DatoÔÇÖ Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KDN,Setiausaha-setiausaha Bahagian dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.