Kuching, 1 Mac 2013 - Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Kuching telah mengadakan pertandingan futsal di antara asrama Rosli Dhoby, Rentap, klien Klinik Cure and Care 1Malaysia Kuching. Pertandingan yang dikendalikan oleh Unit Sukan CCRC Kuching berlangsung selama 2 hari di mana pertandingan ini diadakan secara liga iaitu pada 1 dan 8 Februari yang lalu.
Sebanyak 6 kumpulan yang menyertai pertandingan ini, dimana Kumpulan ADIDAS dan REEBOK diwakili oleh klien dari asrama Rosli Dhoby, Kumpulan NIKE dan ROSSI diwakili oleh klien dari asrama Rentap, Kumpulan KAPPA diwakili oleh klien C&C manakala Kumpulan LINE 7 diwakili oleh pegawai CCRC. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan dikalangan pelbagai pihak. Selain itu, program seperti ini dapat ,meningkatkan keseronokan mengamalkan budaya hidup sihat serta mewujudkan semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan klien dan staf.
Di samping itu, , melalui bersukan klien dapat mengisi masa lapang dan salah satu aktiviti riadah yang memberi pendekatan pragmatik yang mengandungi aktiviti-aktiviti latihan kemahiran dan peraturan-peraturan tertentu dalam mencapai kecemerlangan. Melalui program seperti diharapkan dapat melahirkan kakitangan dan klien yang cergas fizikal dan mental melalui aktiviti bersukan.