telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN 1 AMAN ( UNITED AGAINST CRIME)

Bedong, Kedah, 19 Februari 2013┬áÔÇô Y.B Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) telah merasmikan ┬áMajlis Pelancaran Kempen 1Aman ÔÇôUnited Againts Crime┬áperingkat negeri Kedah yang diadakan di Dewan Hock Teik Soon, Sungai Lalang, Bedong,┬á Kedah. Kedah dan Perak telah dijadikan negeri hotspot di bawah program Transformasi Kerajaan (GTP 2) bermula dari 2013 ÔÇô 2015 bagi memperluaskan kejayaan mengurangkan jenayah seperti empat buah negeri sebelum ini.

546879_544196498934321_212770152_n

Dalam ucapan perasmiannya YB Datuk Wira berkata, bagi memastikan kejayaan mengurangkan jenayah berterusan, Kementerian Dalam Negeri telah meningkatkan kehadiran polis (omnipresence) melalui rondaan bersama anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan-kawasan hotspot dan taman-taman perumahan termasuk lawatan turun padang pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Kerajaan juga turut melakukan pelbagai usaha seperti Program Safe Cam, skim rondaan sukarela atau SRS, Unit Rondaan Bermotosikal, pemberian geran kepada persatuan penduduk dan bermacam-macam lagi yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

19595_544196555600982_718517765_n

Beliau juga ada menyentuh tentang  tiga (3) matlamat utama yang telah disasarkan di dalam program 1Aman ini. Termasuklah mengekalkan kadar jenayah keseluruhannya, meningkatkan indeks persepsi keselamatan di kalangan masyarakat dan memacu perubahan dalam budaya prestasi melalui penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

487997_544196568934314_1777020539_n

Hadir sama ke majlis perasmian ini adalah┬áYDH DatoÔÇÖ Wira Ayub bin Hj. Yaakob, Pengerusi Urusetia NKRA, YDH DatoÔÇÖ Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah, YDH DatoÔÇÖ Abd Ghafar bin Rajab, Timbalan Ketua Polis Kedah.

225226_544196602267644_1488218478_n

=tamat=

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106237

moha qrcode