telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SESI RUNDINGAN TRITI EKSTRADISI DI ANTARA MALAYSIA DAN THAILAND

Putrajaya, 26 ÔÇô 28 Febuari 2013┬á- Sesi Rundingan Triti Ekstradisi antara Malaysia dan Thailand telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Blok D2, Tingkat 8, Kementerian Dalam Negeri (KDN).┬á Ketua delegasi Malaysia diwakili oleh DatoÔÇÖ Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Encik Mohd Radzi Harun, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara Malaysia.

IMG_1382

IMG_9766

Rundingan ini merupakan susulan daripada Mesyuarat Rundingan Permulaan triti yang telah diadakan di Bangkok, Thailand pada 31 Oktober 2012.  Ia bertujuan mengkaji semula triti yang telah dimeterai sebelum ini pada tahun 1911 supaya peruntukan-peruntukan di dalamnya selaras dengan perkembangan undang-undang esktradisi semasa dan mudah dilaksanakan serta dapat membantu mempercepatkan proses dan prosiding ekstradisi.

IMG_9767

Daripada 21 Artikel, Mesyuarat Rundingan Pertama ini telahpun membincangkan sehingga ke Artikel 8 Draf Triti Ekstradisi Malaysia ÔÇô Thailand dan masih terdapat 17 perenggan yang perlu diperbincangkan dengan lebih lanjut lagi.

IMG_9774

Rundingan selanjutnya akan diadakan di Bangkok, Thailand bersama dengan Rundingan Triti Pemindahan Banduan Antarabangsa pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

=tamat=

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106235

moha qrcode