PELANCARAN TABUNG PERWIRA MASYARAKAT CINA MALAYSIA
Kuala Lumpur, 7 Mac 2013┬áÔÇô YB. DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)┬á telah melancarkan Tabung Perwira Masyarakat Cina Malaysia yang telah diadakan di Swiss In Hotel, Petaling Street, Kuala Lumpur.
Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada lapan keluarga anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.  Kerjasama dan inisiatif yang dilakukan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban demi mempertahankan negara dan diharapkan agar sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli keluarga mereka.
YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong turut mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dan berharap agar mereka tenang dalam menghadapi ujian tersebut.┬á Hadir sama ke majlis tersebut adalah YBhg. DatoÔÇÖ Alwi Bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YDH. DCP DatoÔÇÖ Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah ll, Cawangan Khas PDRM,┬á YDH. SAC DatoÔÇÖ Amar Singh A/L Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan YBhg. DatoÔÇÖ Ang Say Tee JP, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil KL.