telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

AMALAN FARDU KIFAYAH

1

Besut, 6 Mac 2013 - Pengurusan jenazah termasuk amalan fardu kifayah bagi agama Islam. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mengambil berat urusan membabitkan kesejahteraan masyarakat bagi mengelak diri termasuk dalam golongan yang jahil. Justeru itu, pihak Mini C&C 1Malaysia Besut dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Besut telah melaksanakan satu program pengurusan jenazah bertempat di Surau Kg. Nail, Besut kepada klien Mini C&C tersebut.2

Imam surau Kg. Nail yang dikenali sebagai Pak Long adalah tenaga pengajar sesi ini berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam saling menasihati serta mengingatkan saudara mereka keperluan mempelajari ilmu fardu kifayah. Katanya lagi, walaupun masjid mempunyai pihak yang dilantik untuk membantu jika berlaku kematian, tindakan awal ahli keluarga serta jiran yang mempunyai ilmu asas mengenai pengurusan jenazah boleh memudahkan urusan itu. Bagi melancarkan sesi pembelajaran, seorang klien dengan sukarelanya berlakon menjadi jenazah pada pagi itu.

3

Pembelajaran secara praktikal ini melibatkan keseluruhan proses pengurusan jenazah merangkumi memandikan jenazah, mengkafankan dan seterusnya solat jenazah. Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran kepada semua peserta supaya lebih mengingatkan alam kematian yang pasti akan tiba suatu hari nanti. Dengan adanya program seumpama ini, pengetahuan kerohanian peserta dapat dipertingkatkan dan boleh dijadikan panduan apabila berada di dalam situasi pengurusan jenazah. Program tamat pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh :  Mini Klinik C&C 1Malaysia Besut

=tamat=

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106236

moha qrcode