telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PROGRAM ÔÇ£ZIARAH KASIHÔÇØ DI KAWASAN DUN TANJUNG LUMPUR

Kuantan, 11 Mac┬áÔÇô Program ÔÇ£Ziarah KasihÔÇØ di kawasan DUN Tanjung Lumpur telah diadakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuantan bermula jam 9 pagi pada 3 Mac lalu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhwah sesama insan di samping dapat mengekalkan amalan kunjung-mengunjung terutamanya di antara kakitangan AADK dan klien-klien di bawah seliaan AADK.

 

9

Program sebegini memberi impak yang amat besar kepada klien dalam usaha AADK membantu kepulihan sepanjang hayat. Seramai 9 orang kakitangan AADK Daerah Kuantan telah berkunjung ke rumah OKP di sekitar Perkampungan Tanjung Lumpur dan Peramu. Selain beramah mesra dan bertanya khabar tentang perkembangan semasa klien, AADK juga mengambil kesempatan menasihatkan klien supaya menjalankan hak mereka sebagai warganegara dengan keluar mengundi sempena PRU 13. Di samping itu Program outreach di jeti nelayan turut dilaksanakan bersama penduduk setempat. Ianya bertujuan menyampaikan maklumat kepada orang awam mengenai transformasi dan perkhidmatan AADK seperti Klinik Cure & Care 1Malaysia, Cure & Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH).

6
Dalam masa yang sama kakitangan AADK yang terlibat juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama para pelajar dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang sempena program ÔÇÿPoli KasihÔÇÖ yang diadakan di Masjid Tanjung Lumpur. Disamping menyampaikan maklumat dan informasi terkini, pelajar tersebut turut dipelawa untuk menyertai SKUAD 1Malaysia AADK Daerah Kuantan yang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan.

=tamat=

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106235

moha qrcode