Kampar, 2 Mac┬áÔÇô Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) dan┬áKDN┬áBersama Rakyat telah berlangsung di Padang Awam Majlis Daerah Kampar, Perak bagi tujuan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar. Dianggarkan 2,000 orang pengunjung dari daerah Bijih Timah ini hadir menyokong dan memeriahkan program.
 
Program Hari Bertemu Pelanggan di Kampar, Perak ini disertai oleh semua Jabatan/Agensi dan Bahagian di bawah KDN. Pengisian pameran adalah merangkumi informasi menerusi gambar-gambar aktiviti serta peralatan atau perkakas yang berkaitan dengan fungsi dan peranan Jabatan/Bahagian masing-masing.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pembukan kaunter Rakan COP PDRM dan saman trafik serta pameran banteras jenayah ragut, rogol dan kemalangan; JPAM mempamerkan peralatan menyelamat dan membuka kaunter pengambilan sukarelawan JPAM; AADK mempamerkan pelbagai jenis dadah dan membuka kaunter pendaftaran sukarelawan Skuad 1Malaysia AADK; PENJARA mempamerkan hasil kraftangan, pakaian yang dihasilkan oleh para banduan, pameran hukuman sebat; dan JIM memberi penerangan mengenai pasport, visa dan sebagainya.
Selain itu, Jabatan/Agensi luar turut dijemput untuk terlibat sama dalam aktiviti HBP dan pameran di Parlimen Kampar ini. Antaranya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Penerangan Malaysia.
Program kali ini turut memberi kesempatan kepada KDN untuk lebih mendekati rakyat dan membantu mereka menyelesaikan masalah dan kesulitan yang dihadapi selama ini. Pengunjung yang hadir memberikan sokongan dan maklum balas yang positif terhadap program pameran HBP kali ini.
 
=tamat=