telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PAMERAN KDN SEMPENA PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI (JJD) DI PERLIS

Picture 015

Kangar, 3 Mac┬áÔÇô Program Jelajah Janji Ditepati (JJD)sekali lagi diteruskan di Stadium Kangar, Perlis pada 3 Mac 2013 yang lalu. Seperti yang sedia maklum, program JJD ini telah dirasmikan oleh ┬áYAB DatoÔÇÖ Sri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Program Jelajah Janji Ditepati ini telah dihadiri hampir seramai 40 ribu orang pengunjung dari pelusuk negeri Perlis Indera Kayangan.

Picture 077

 

Kementerian, Jabatan Kerajaan serta beberapa agensi swasta telah mengadakan pameran bagi tujuan untuk memberikan penerangan dan perkhidmatan secara langsung kepada pengunjung. Menerusi program ini, KDN berkesempatan untuk mempromosikan fungsi, peranan dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai dengan pendekatan mesra rakyat.

Picture 080

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan oleh jabatan/agensi KDN sepanjang pameran ini berlangsung. Antaranya ialah pendaftaran ahli baru bagi Rakan Cop, SUKSIS, sukarelawan JPAM, ahli RADA, dan Skuad 1Malaysia; pegawai JPN memberi penerangan mengenai proses MyKad dan pertanyaan permohonan warganegara; kaunter semakan saman PDRM; edaran risalah jabatan/agensi masing-masing dan sebagainya.

Picture 071

Dengan kesempatan ini, KDN dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat yang dihadapi selama ini. Di samping itu juga KDN telah menjalankan pengedaran borang penilaian dan maklum balas pengunjung terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai KDN semasa pameran, berserta dengan cadangan yang diberikan.

=tamat=

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106237

moha qrcode